Aug 22, 2011

entry before pulang beraya

assalamualaikum dan salam ramadhan unutk semua umat islam...=)
malam ni aku dah balik johor unutk berjumpa dengan keluarga terchenta..
so nak buat la sikit entry sebelum balik beraya..

semalam kami berempat tak tidur..melayan kerenah mira diba yang nak buat vlog..
tapi tak tahu la nak cakap jadi ke tak..haha
lepas tu dalam pukul 2 kami pergi bersahur kat kedai ma mee tomyam..
pekena mi goreng mamak..
sebenarnya pintu yang kami keluar nak pergi kedai ma mee tu tutup tapi dia cuma kunci guna tali..
apekah???cuma pintal-pintal je tali tu..
haah...memang sangat secure!
dah lepas makan tu,tengok dari jauh pak gguard tu tengah tercongok kat depan pintu agar yang tak berapa nak besar tu....
ok..dah bayar da tu,kami duduk balik sebab takut..wakakaka
ma mee dengan baiknya menghantar kami pulang dan explain kat pak guard yang tak reti senyum tu..
orang cakap terima kasih pon tak respon...
ok..bajet NC...jadahnye...
pastu sahur terlajak kan...bagus betul rozaliana...

tadi pergi batu enam dengan shil..beli keropok lekor..
kenapa ek..aku rasa tak konfiden bawa motor..
kereta ke moto lalu sebelah mesti cam terkejut..

adenya traffic news kat blog ni bagus tapi hari ni aku tak suka plak..
tetibe orang yang aku mahu lupa melawat blog aku..
sentap nama kau keluar..
sorry..aku tak boleh berhenti tak suka kau..




nota lereng bukit (shil buat nota hujung kaki,aku pun nak jugak la) ::
selain family saya,awak orang yang saya mahu sentiasa ada..=)

Day 3 : Your idea of the perfect first date

assalamualaikum dan salam ramadhan yang ke 22..
so,untuk hari ke 3 ialah pasal perfect first date..
temujanji pentama yang sempurna..
ok..aku bukanlah budak baik yang tak pernah pergi date..haha
pernah..dulu..tapi aku tak rasa itu date sebab orang yang terlibat pon kata itu bukan date..
dating tu macam mana sebenarnya?tak paham aku..
dulu aku pernah jumpa dia dekat kepsi..lama gilak bertapa kat kepsi..jadahnyeee...haha
kelakar plak bila fikir balik..

aku tak suka berjuumapa berdua..sangat weird aku rasa..
aku akan cuba elak selagi boleh..y kat kepsi ni pon sebab nak jumpa nk bagi hadiahn bufday..
kalau tak,assalamualaikum laa..=)

so,perfect first date aku ni,aku nak bersama orang yang sudah sah menjadi milik aku..
so,nak buat apa-apa pon takde hal laa..
bagi pantun sikit..

kasih ibu,kasihnya laila,
isshhh,takde hal laahhhh...

ok..proceed..ada objek yang aku suka tengok..dan aku nak tengok bersama milik aku itu..
objek itu ialah pantai dan bulan (objek ke ek?)



ini pantai 




dan ini adalah bulan


pantai memang cantik..tapi lagi indah apabila malam..tengok bintang juga..pastikan malam tu pertengahan bulan islam la..baru bulan penuh..


kan...cantik kan...
dah kata cantik..
sweet wat..walking on the beach berdua bersama dengan yang sudah menjadi milik..
hold our hand while talking..
bercerita tentang kami..
bercerita tentang apa yang sudah terjadi kepada kami..
mesti banyak yang buat kami ketawa..

for me..first date tu bukanlah tengok wayang sama lepas tu makan bersama lepas tu shopping la bagai..
for me..the memory that we want to remain it forever tu yang penting..
apa-apa pun boleh jadi perfect since besama orang yang sudah jaadi milik kita..=)

yosh!!aku da banyak sangat berangan ni...

tatatatata~~~~

Aug 21, 2011

sebuah kereta menyondol sebuah motosikal

salam satu malaysia!!

hari ni aku pergi bandar unutk tukar tiket..tak sanggup dah aku tunggu lama2 kat umt ni..
membazir duit beli makanan tapi tak buat ape2..huhu
so,sok aku balek..

disebabkan aku seorang anak yang menurut kata,aku terus pergi ke pasar ayang unutk membeli belacan dan serunding ikan yang dipesan leh bonda..
tapi tadi seyes jam..kereta gile banyak..nasib baik aku naik motor,boleh la main selit..
ssedang aku syok2 selit,ada seekor kereta yang agak mewah, rasanya honda accord atau perdana telah menyondol ekzos moto aku yang macho!
cissss...moto tak habis baya lagi nih..dah la roadtax pon dah meninggal...
nasib baik boleh balance..kereta tu remuk sikit aku rasa bahagian depan..
aku cerita kat member aku,depa tanya 'berhenti tak?'
aku tak berhenti sebab kereta-kereta yang banyak belakang kereta suspek tu telah menghon bertalu2..
nasib baik depa hon..huhu
aku pon pecut jek..cuak kott..
tapi kereta tu yang bagi last mnit signal..
dah la dduk kat lane owang yang nak terus,so takkan aku salah?
jangan disebabkan rider ni tiny organism jek,suka2 hangpa nak marah..
*aku agak jela dia akan mara,semga dia tak mara,kan bulan puasa..
tapi bukan aku ke yang sepatutnye kne mara?

tak sempat aku nak marah dia,aku dah kena marah dah dengan abah bila aku cite..
aku call abah dulu,kat pasar payang..
abah kate aku yang tak careful...uwaaaaa....
bukan la bah,orang tu y bungek..
dah ada dekat pasar payang tu,abah suruh balik,tak payah beli apa-apa..
but well...rozaliana degil kan..haha
mak tak marah..mak risau jek..hehe(nasib baik)

so,pengajaran hari ni,berhati2lah ye..
malang tak berbau..
patutla aku macam tak sedap hati je masa nak keluar tadi..
tapi seyes cam ase agy sikit trauma..
kuat tu bunyik..
last aku eksiden masa darjah5,eksiden beskal..
skang 21 tahun...wahhhhh...lame2...

yosh!ngntok la..nak tito...daaa~~

Day 2 : Your favorite movie

basically aku suka muvie yang berunsurkan kelakar..baru best nak tengok..tapi ada satu movie ni memang best..different..dah lama dah..

taraaa.....


best shiott cite ni..yang paling best sebab ada selit lagu2 yang dinyanyikan oleh les sekinchan oleh opie zami..cam ape muke masing..haha
so,sinopsisnye aku copy je nih..hehe

Filem ini mengisahkan Amir dan Mastura yang bakal menduduki peperiksaan SPM, berikrar akan berkahwin selepas tamat pengajian di universiti. Percintaan mereka dicemburui Fandi, rakan sekelas Mastura. Bapa saudara Amir, Bakar (seorang kaki pukul) memberi galakan kepada Amir untuk terus belajar hingga ke menara gading. Kakak Mastura, Anita (jurujual barangan kecantikan) percaya masa depan yang cerah tidak semestinya bergantung pada kelulusan akademik. Ketika SPM berlangsung, Mastura terlewat menghadiri ujian kertas Matematik dan kecewa kerana berasa sudah gagal dalam peperiksaannya. Anita pula berpendapat Mastura harus mula mencari calon suami kaya. Amir kecewa apabila mengetahui Mastura ditunangkan dengan Fandi. Namun, dia terkejut dan terdesak apabila mendapat tahu Mastura diminta kahwin secara tergesa-gesa bagi menutup malu apabila Fandi ditangkap berkhalwat dengan gadis lain. Menjelang perkahwinan Mastura dan Fandi, Amir melarikan Mastura ke selatan Thailand untuk bernikah. Dari sinilah bermulanya keriuhan dan kekecohan.

dah la takley bla budak fandi tu sedih bila dengan lagu happy bufday y mendayu2...gile tol..haha


lagu ni dinyanyikan oleh M. Shariff..pastu lagu les sekinchan banyak la jugak..kalau berminat google la sndri..kiki...

tapi seyes terbaek la dia selitkan les sekinchan..=)