taraaa.....
best shiott cite ni..yang paling best sebab ada selit lagu2 yang dinyanyikan oleh les sekinchan oleh opie zami..cam ape muke masing..haha
so,sinopsisnye aku copy je nih..hehe
Filem ini mengisahkan Amir dan Mastura yang bakal menduduki peperiksaan SPM, berikrar akan berkahwin selepas tamat pengajian di universiti. Percintaan mereka dicemburui Fandi, rakan sekelas Mastura. Bapa saudara Amir, Bakar (seorang kaki pukul) memberi galakan kepada Amir untuk terus belajar hingga ke menara gading. Kakak Mastura, Anita (jurujual barangan kecantikan) percaya masa depan yang cerah tidak semestinya bergantung pada kelulusan akademik. Ketika SPM berlangsung, Mastura terlewat menghadiri ujian kertas Matematik dan kecewa kerana berasa sudah gagal dalam peperiksaannya. Anita pula berpendapat Mastura harus mula mencari calon suami kaya. Amir kecewa apabila mengetahui Mastura ditunangkan dengan Fandi. Namun, dia terkejut dan terdesak apabila mendapat tahu Mastura diminta kahwin secara tergesa-gesa bagi menutup malu apabila Fandi ditangkap berkhalwat dengan gadis lain. Menjelang perkahwinan Mastura dan Fandi, Amir melarikan Mastura ke selatan Thailand untuk bernikah. Dari sinilah bermulanya keriuhan dan kekecohan.
dah la takley bla budak fandi tu sedih bila dengan lagu happy bufday y mendayu2...gile tol..haha
lagu ni dinyanyikan oleh M. Shariff..pastu lagu les sekinchan banyak la jugak..kalau berminat google la sndri..kiki...
tapi seyes terbaek la dia selitkan les sekinchan..=)
No comments:
Post a Comment