Showing posts with label dari hati lyana. Show all posts
Showing posts with label dari hati lyana. Show all posts

Feb 11, 2012

kawan itu dari UMT

Wahhh..dah hampir 3 tahun rupanya aku menghabiskan sisa hidup aku kat sini..kat UMT Cita Warisan..huhu..many thing I had learned during my time here. Mempelajari betapa payahnya hidup kat U. makcik aku pernah cakap, hidup kat U lagi senang dengan hidup kat Matrik..sape kate?aku kate tak!objective yang Arif. ehhh.. Objection! Mane ade belajar yang tak susah der..kalau kat matrik, payahnya sebab waktu kuliah pack gile..tutor lagi..dah la tutor math ngn chem cam taknak banyak lagi an..sape yang tak pernah tiru memang excellent la wa cakap lu..ok,sebab tu aku tak bape excellent..=,=''  kalau kat U payahnye sebab gile banyak lab report…perghhh..menimbun dia toksah cakap la kan..tak cukup dengan tu siap kene study journal lagi. Gile tak gile la kan. But life just like that (Prakash,2011). Tak dela nama student kalau tak busy. Tak caye?try la amek kos biomarine. Kompem korang rasa macam amek kos medik. Busy nye same jek. Medik belajar pasal kesihatan, biomarine pon belajar pasal kesihatan. Tapi kesihatan hodupan laut la. Medik belajar camne nak selamatkan manusia, biomarine belajar camne nak conserve hidupan. Mana lagi mulia? Both mulia. So, sape2 yang berlagak dapat kos medik tu takyah la nak berangan lebih2 kau hebat sangat, kitorang pon hebat ok. Oppsss..sape2 bakal doktor yang bace ni, kalau nak terasa, sila terasa kalau korang perasan hebat. Yang tak perasan hebat, takyah emo ok!

Iyep..banyak sangat berlaku kat UMT yang mematangkan aku. Thanx to Julia yang jadi first member aku masa mula-mula kena beratur kat depan blok b2 kira-kira 2 setengah tahun lepas. Iyep, kau tegur aku sebab aku nampak sorang-sorang. Haha.. What the? Whatever. Thanx sebab jadi kawan yang baik untuk aku. Yang ada pada masa senang dan susah aku. Aku tak tahu la aku ade ke tak dalam masa susah kau. Aku jadi amnesia sebab faktor luar..huhu

Masa first sem, ramai kata aku garang. Muka masam. Tak suka senyum. Lagi-lagi kelas botani pukul 8 hari ahad. Aku ingat lagi siapa yang cakap. Ikin la orangnya..haha.. Em, aku memang camni dari dulu. Aku bukan macam kau yang bangun-bangun pagi terus ceria, gilang gemilang mukanya. LOL! I need a time to gain my mood. Harus diingat, semua orang tak sama. Berubah? Skang aku dah berubah kot sebab ada seseorang yang tolong tangkap mood aku pagi-pagi =). But at least aku tak pernah nak memaki hamun korang sesuka hati an time aku takde mood dlu?hee

Semakin lama semakin ramai kawan. Adat la tu. Kawan mari,kawan pergi. Dulu, kami berenam, kemana-mena ppon bersama. Dulu. Sebelum ada motor. Dah ada motor, masing-masing dengan jalan masing-masing. Termasuk aku. Iye, mungkin aku lupe korang. Gomennei. Thanx to Shille, Julia, Wanie, Yana, Diba. You guys did really a good job as my fren. And aku minta maaf juga atas salah aku dengan korang. Jangan tipu takde salah!mesti ada punya! Especially Julia. And Yana, sorry kalau ada banyak terasa masa satu kumpulan kat redang dulu. Gommen. Tapi kan, masa rapat gile dengan korang dulu, memang aku rasa best gile! Lagi-lagi masa kita amek gambar kat Langkawi,kt Helang tu. Aku rasa nostalgic gile masa tu. Dan aku sangat harap momen tu akan berulang untuk kita berenam. Lagi ramai pon best..=)

Sebut pasal Redang, memang cun gile experience kat sana. Yang buat aku ketawa terbahak-bahak pon ada. Aku ingat lagi aku ditipu oleh En Sainol..cissss!!!!!...anyway, thanx to group member, Yana, Juliana, Ikin, Miraie, Azri, Naz, Lai..em, ade lagi ke ek?oohhhh…lupe..safuan..lupe plak ko..haha..thanx guys. Aku akan ingat korang dan segala2nya yang kita pernah buat bersama sampai bila-bila. Lagi-lagi orang yang selalu mabuk laut..em, mungkin ada 2 orang yang akan terasa di sini…peace!haha

Habis itu Ledang punya celita. Asam garam hidup tak pernah lari dari bermacam-macam kesilapan. So, dengan rendah dirinya, aku nak minta maaf kat sape2 yang aku dah buat dia sakit hati. Aku dah penat bergaduh. Turn to the new book. Kita ni bukan makin muda. Ada dalam 5 bulan je lagi untuk tengok muka masing-masing. So aku taknak la segalanya terpisah dengan kebencian. Yang satu batch, senior, junior, super junior. Gomennasai. Nak aku sebut nama ke? Kalau ada request nanti aku update. Sekarang mungkin tak perlu.

Then, thanx to two person yang jadi member bergelak ketawa aku sekarang. Shille and Miraie. Gile best la kawan dengan korang. Tak pernah berkira. Sape-sape kat luar tu, kalau nak tahu, diorang ni la yang tak pernah tanya banyak kalau aku nak pinjam duit time tengah sesak. Diorang ada duit ke takda ke, tetap akan bagi walau sikit. Sure aku nanges time pisah ngn korang nanti. Huhu

(bunga sakura tiba-tiba beterbangan)

And last but not least. Thanx untuk banker saya, accountant saya, advisor saya, compliment saya, spirit saya…dan segala-galanya untuk saya..thanx!thanx!thanx! Takyah la cakap banyak-banyak kat sini..malu plak..haha..waklu!

Yosh!!thanx bace karangan SPM ni. Aku sayang korang! 








Aug 22, 2011

entry before pulang beraya

assalamualaikum dan salam ramadhan unutk semua umat islam...=)
malam ni aku dah balik johor unutk berjumpa dengan keluarga terchenta..
so nak buat la sikit entry sebelum balik beraya..

semalam kami berempat tak tidur..melayan kerenah mira diba yang nak buat vlog..
tapi tak tahu la nak cakap jadi ke tak..haha
lepas tu dalam pukul 2 kami pergi bersahur kat kedai ma mee tomyam..
pekena mi goreng mamak..
sebenarnya pintu yang kami keluar nak pergi kedai ma mee tu tutup tapi dia cuma kunci guna tali..
apekah???cuma pintal-pintal je tali tu..
haah...memang sangat secure!
dah lepas makan tu,tengok dari jauh pak gguard tu tengah tercongok kat depan pintu agar yang tak berapa nak besar tu....
ok..dah bayar da tu,kami duduk balik sebab takut..wakakaka
ma mee dengan baiknya menghantar kami pulang dan explain kat pak guard yang tak reti senyum tu..
orang cakap terima kasih pon tak respon...
ok..bajet NC...jadahnye...
pastu sahur terlajak kan...bagus betul rozaliana...

tadi pergi batu enam dengan shil..beli keropok lekor..
kenapa ek..aku rasa tak konfiden bawa motor..
kereta ke moto lalu sebelah mesti cam terkejut..

adenya traffic news kat blog ni bagus tapi hari ni aku tak suka plak..
tetibe orang yang aku mahu lupa melawat blog aku..
sentap nama kau keluar..
sorry..aku tak boleh berhenti tak suka kau..




nota lereng bukit (shil buat nota hujung kaki,aku pun nak jugak la) ::
selain family saya,awak orang yang saya mahu sentiasa ada..=)

Aug 21, 2011

sebuah kereta menyondol sebuah motosikal

salam satu malaysia!!

hari ni aku pergi bandar unutk tukar tiket..tak sanggup dah aku tunggu lama2 kat umt ni..
membazir duit beli makanan tapi tak buat ape2..huhu
so,sok aku balek..

disebabkan aku seorang anak yang menurut kata,aku terus pergi ke pasar ayang unutk membeli belacan dan serunding ikan yang dipesan leh bonda..
tapi tadi seyes jam..kereta gile banyak..nasib baik aku naik motor,boleh la main selit..
ssedang aku syok2 selit,ada seekor kereta yang agak mewah, rasanya honda accord atau perdana telah menyondol ekzos moto aku yang macho!
cissss...moto tak habis baya lagi nih..dah la roadtax pon dah meninggal...
nasib baik boleh balance..kereta tu remuk sikit aku rasa bahagian depan..
aku cerita kat member aku,depa tanya 'berhenti tak?'
aku tak berhenti sebab kereta-kereta yang banyak belakang kereta suspek tu telah menghon bertalu2..
nasib baik depa hon..huhu
aku pon pecut jek..cuak kott..
tapi kereta tu yang bagi last mnit signal..
dah la dduk kat lane owang yang nak terus,so takkan aku salah?
jangan disebabkan rider ni tiny organism jek,suka2 hangpa nak marah..
*aku agak jela dia akan mara,semga dia tak mara,kan bulan puasa..
tapi bukan aku ke yang sepatutnye kne mara?

tak sempat aku nak marah dia,aku dah kena marah dah dengan abah bila aku cite..
aku call abah dulu,kat pasar payang..
abah kate aku yang tak careful...uwaaaaa....
bukan la bah,orang tu y bungek..
dah ada dekat pasar payang tu,abah suruh balik,tak payah beli apa-apa..
but well...rozaliana degil kan..haha
mak tak marah..mak risau jek..hehe(nasib baik)

so,pengajaran hari ni,berhati2lah ye..
malang tak berbau..
patutla aku macam tak sedap hati je masa nak keluar tadi..
tapi seyes cam ase agy sikit trauma..
kuat tu bunyik..
last aku eksiden masa darjah5,eksiden beskal..
skang 21 tahun...wahhhhh...lame2...

yosh!ngntok la..nak tito...daaa~~

May 15, 2011

cinta insani yang kamu cari...

begitu banyak sekali manusia yang berani bersentuhan dengan bukan muhrim mereka sebelum tibanya hari yang membolehkan meeka bersentuhan..
maruah anda sebagai seorang muslim itu perlu dijaga..
ini juga memperingati diriku sendiri..
mungkin kamu tidak perlu menunjuk-nunjuk kamu keluar dengan bf/gf kamu dan berpeluk sana sini..
tiada apa yang perlu dibanggakan di situ..
kamu sedang membuat dosa..
saya tidak sangka kawan2 yang pernah mengenali rapat dengan saya juga sebegitu sekarang..
sedih melihat mereka..
perubahan ke arah sesuatu yang tidak baik ini begitu menyentap hati perempuan saya..
say pernah menghormati anda kerana attitude anda yang sentiasa solat zohor berjemaah ketika di sekolah dahulu..
anda tidak melayan kerenah gedik perempuan..
dan sekarang saya melihat gambar anda bersama gf anda sedang berpelukan..
di mana role seorang imam yang akan anda bawa dalam rumah tangga anda?
sanggup anda membiarkan wanita yang anda rasa bakal menjadi isteri anda memperlihatkan auratnya kepada khalayak?
yang si perempuan, anda rasa bf anada ini boleh memimpin anda ke jalan yang betul?
tolonglah sedar sahabat..
cinta bukan penjamin keamanan rumah tangga...
agama itu tiang penting untuk menjaga keharmnian rumah tangga..
astaghfirullah..






kepada bakal imamku.....
aku mendambakan imam yang boleh membawa aku ke jalan yang di redhai..
jagalah kehormatan kamu..
jagalah cinta kamu kepadaku..
pentingkanlah syariat agama dari cinta insani..
pentingkanlah masa depan hidupmu sekarang, kerana itu untuk masa depan kita..
sentiasalah menjadi orang yang aku kagumi dan hormati..
sentiasalah memberi tunjuk ajar kepadaku..
sentiasalah menegur kesalahanku..


just a sentence..

mungkin aku tak patut beri kau peluang untuk mengenali aku dan ini mungkin kesalahan dalam merencana pertaruhan..



apekah??

Apr 22, 2011

hak ela..gelabah gile ko...

ok fine...i know that u r important person...
banyak sangat kerja kau kan..
banyak sangat benda yang kau pegang kan..
deserve la kalau nak stress ke ape..
sape suro kaut semua..
pastu mula la nak tension la stress la takde mase tidoq la..
nak aku cakap wtf?
dah la gelabah giler..
ilek la bhai..
bukan kau sowang kott yang bz..
then bukan kau sowang kott yang run benda tu..
memang ramai owang bawah ko tapi aku pelik gak..
asal la ko yang buat semua bnda..
aku taw!!!!
mesti ko ngt ko sowang je yang taw semua pasal bnda yang kau run ni an?
sekali agy wtf!
kalau dah ko sowang je nk buat semua bnda dari pengarah sampai ajak bawah, tak payah la nak bising2..
sebab annoying kau taw x....
gelabah semacam...
owang run ape2 pun rileks je kott..
bende nak run mungkin xperlu nk stress2..
ilek2 suda...


ok..sape yang terasa, aku bukan cote pasal k..
ni kawan aku y dok kat kemboja,,,...

Apr 12, 2011

kadang2 itu perlu dan itu tak perlu..

semalaman..sampai pagi..siapkan kerja mr yong..report dan poster..penat..ngantok..mase tidur dah dikurangkan..terpaksa dikurangkan..
dalam melayari bahtera ke'tenshion'an bersama shil..cuba la isi masa lapang denagn jadik stalker..

thing that not necessary...
pergi stalk fb someone..tgk semua pasal dia..then bila nampak lain macam je ngan someone, mula la rasa lain macam..jeles?watever it is..ia amat menyakitkan hati somehow, sometimes...bila baca status dia..status lama2..its quite hurt..i dunno why..mungkin tak perlu..yup..itu memang tak perlu..mungkin aku tak perlu pun stalk fb dia..xde function pon..useless..yang ada sakit hati aku jek..

thing that necessary..
sekali lagi stalk fb orang tapi ni stalk fb yang baek2 punyaaa..xde nak tacing2 dah..stak fb nta sape nta..dah la name pelik2...pastu nak post jiwang2 ngan pakwe dia..sometime sedih bergaduh..helloooo...orang lain pon kapel...mungkin tak perlu bgtaw satu dunia kau kapel..dan munngkin jugk tak perlu bgtaw satu dunia kau gadoh ngn bf ko...adehhh..memalukan betul la..ada yang sampai member pakwe dia ckp thanx sbb approve, then ko ley plak reply "saya sebagai awek dia ckp welcome"..hahaha..what the hell??..ok..kalau pakwe ko bace entry aku ni pon aku tak kisah..blog aku..suke la...ade yang every minute post kat wall, ayat jiwang2..haha..sengal!..fine..korang yang kapel, bkn aku, suke aty korang la kan..
tapi suke aty aku jugak la nak komen..hahaha
mungkin tak perlu korang buat mcm tuh..
tapi sometime best gak an..release tension aku dapat gelakkan ayat2 jiwang korang....hahaha

Mar 28, 2011

aku tak suka orang yang berjanji

aku paling tak suka orang yang mungkir janji..sebab aku akan cuba untuk tidak mungkir janji..bila usaha untuk tidak mungkir janji tu disia-siakan, ianya sangatlah memeritkan...
tapi sekarang aku tak suka orang yang berjanji sebab mindset cakap orang yang berjanji mesti mungkir janji..iyep..aku benci korang2 yang berjanji..
lain kali, kalau tak reti nak tunaikan, jangan berjanji dengan aku sebab aku tak suke..sangat tak suka..
kau pergi la buat janji dengan orang yang suka mempermainkan janji..
banyak kali ok kau mungkiri janji kat aku..
aku tak suka kau..tapi aku hipokrit..aku buat baik je bila dengan kau..
tapi aku tak suka kau yang mungkir janji!

Mar 20, 2011

pulau kapas field trip..

asalamualaikum semua....
wahhhhh..penatnye baru balik dari pulau kapas...
actually agak malas nak pergi field trip kali ni...
sebab kerja berlambak sampai jadi gunung..

kitoranf dijadualkan bertolak pukul 7 pagi..semangat la diri ini bangun awal2 menyiapkan sarapan untuk diri sendiri dan seorang budak kecik ni..pukul 530 bangun taw..macam mak nak siapkan makanan kat anak plak..apekah????...last2 bertolak pukul 810 taw x!!!mak ai..memang janji ******...
sampai pulau dah nak pukul 11 kot...mule2 semangat la...

memang semangat..semangat amek gambar..huhu


pastu..mule la penat..sebab kena panjat tangga yang beribu tu sebab sampling site jauh..

1/4 dari tanggenye..

masa sampling,tak amek gambar plak..sebab masing2 nak siapkan kerje then berfoye2...







ni sebahagian dari gambar sebelum penat


haaa...masa ni nak balik dah...langkah pun tak berapa nak semangat..penat sangat2...



best la jugak kat pulau kapas...cume tak se'enjoy' kat pulau redang..current kuat gile mase snorkeling..jadi macam planktn da...ikut je ombak...banyak sea urchin plak tuh..nta pe2..huhu


*     *     *      *

helmet aku ilang..memang binawe sape yang amek...memang nak kene sepak laju2...kalau aku taw sape yang amek, memang nak kene maki kuat2...seronok2 je nak amek helmet orang..so what klo aku letak helmet tu atas moto je?so ko boleh curik la..????!!!!!bungek tol!!!!!!


*    *    *   *

alhamdullillah da jadi sekretariat MPP...thanx to eqa yang banyak tulun saye..jasamu dikeanang...

*       *        *          *


she said she luv u..u luv her but u luv me more..u said to me, wait for u until u leave her, and u will with me that moment..but suddenly u with her back..the question is, what is my feeling to u?..i advice u to stay with her but at the same time i feel hard when u still with her..why?..because u r my fren..and i want u to happy with your choice..it is your choice?or your desperately to choose?..i hope u will get your own happiness..
its hard




sekian kawan2...chill2 selalu!!





Feb 26, 2011

happy bufday to my dear

ari ni bufday dia...
gemok saye..
saya rindu gemok saye...
may Allah bless u dear..

blaja leklok kat sane
jage solat..

saya sayang gemok saya..

...muhammad rohaizad asyraf...

Feb 24, 2011

pemilik motor besar itu..

ok..macam sedia maklum..mungkin saya ada mention sebelum ni, pengguna jalan raya kat terengganu ni agak reckless..
agak tidak sopan..
sampai sound suka hati jek dan hobi mereka adalah hon orang..
bukan semua tapi kebanyakannya...

sekali lagi, bukan semua ok...

tapi semalam,..ada seorang mamat nih..
naik motor besar..
bukan rxz..lagi besar..
wahhh...macho la konon...
tapi bawa moto siput gile, dah la sambil borak ngn member dia yang bawak moto lain..
so, susa la saya nak pootng an,,
bila tiada kereta dari arah bertentangan, saya pun try la nak ptong...
tiba-tiba dia makan jalan sebelah plak..
aishhh...memang da jeling la mase tu an..
takde etika betul..
da potong, saya pecut la pastu...

then...

mamat tu kejar...
takut dah ase, takot dia sound ke ape an...
tapi dia cakap....
"sory e..lawa moto"

ok...sory diterima...

lawa moto???apekahh????

takpe..janji dia minta maap..

haaaa...ni la yang kita nak...
kalau semua camni kan bagus...

may Alllah bless u man....
=)

Feb 19, 2011

no title..

ok..what happen?its a fate..end up..agak down rasa hari ni..
ok..from now rasa dah malas nak percaya n=mana-mana janji..
saya benci kepada janji,.maaf,bukan awak y membuat janji tapi janji awak..
awak kata awak nak support saya..mana janji tu?
awak kata awak....
hhmmm...malas saya nak sebut satu persatu..
terlalu banyak..banyak sangat..
saya tak kuat untuk melupakan segala-galanya dalam sekelip mata..
awak macam boleh je..
seyesly..saya kecewa dengan awak..
tapi kecewa saya tak sampai membenci..
tiba-tiba saya fikir awak sama je dengan sebelum ni..maaf..

untuk kebaikan saya ye..ok..
saya harap afta this awak tak payah contact saya dah..
tu je yang saya nak..takde bende lain dah..

senangnye untuk lupakan segala-galanya..


i need time..

****

disappointed....

Feb 10, 2011

i luv him..he always make me smile and laugh even he far from me..
even now he rarely make me smile but i still luv him..
because i know i always in his heart..
and he should know that he always in my heart..
i miss him..everyday..
is it wrong?
did he miss me?
did he feel what i feel?
i dont know..
what i know is i will always luv him..


~somewheretaken~

Feb 1, 2011

future dan ramalan

first of all..thanx to maisarah sbb tag saya..mmg nak join sume bnde tu tapi cam tak selalu online...so,mungkin tangguhkan dulu hajat tuh...maybe next time...peace!

ok...future..selalu orang meramalkan future..apa nak jadi 3 tahun akan datang, 5 tahun akan datang..ini bukan perancangan taw..ini cerita pasal ramalan..kalau perancangan akan disusuli dengan usaha.,kalau tiada usaha pe jadahnya nak ramal2 masa depan ye dak?

nak amek contoh yang senang nampak,my dear paklong..dulu masa duduk kedah,punyalah nakal..tahap tak ingat..pernah kene kejar dengan tebuan sebab pi jolok sarang dia, pernah langgar basikal cikgu perempuan sebab cikgu tu denda dia kat sekolah(kalau tak silap), pernak kenakan ramai orang...sampai sekarang, kalau sedare mare kat kedah datang bertandang rumah dia kat kuantan, mesti tak akan percaye dia dah berjaya, dan ada rumah yang yang besar sebab kenakalan dia masa kecik...so,ini tidak boleh diramal ok tuan2 dan puan2..kerana itu adalah takdir Allah yang telah ditentukan..boleh je my paklong nak jadi budak yang nakal sepanjang hayat dia tapi dia membuat keputusan untuk mengubah nasihnya...lagipun kan dalam Alquran ada kata, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi dia tidak mengubah nasib mereka sendiri..lebih kurang macam ni la..saya bukan pandai sangat bab2 ni..hehe

macam saya...masa kicik2 dulu..taw main je..dah la cita2 nak jadi doktor..haha...what the?
masa sekolah menengah, nakal gile tym form3..sampai kena aim ngn cikgu hindon, cikgu goeg..
sebab bawak fon pegi sekolah...(aku ingat lagi siapa yang kantoikan aku!)
sampai abes PMR dia aim saya...fine..tak kisah pon..
sama je dengan cikgu asmarani,cikgu BM...dia pun aim saya dan sorang member saya..haha
sebab kami selalu wat kecoh..yeke??haha
then masa habis paper BM kertas 2, saya cikit punya dekat berdiri sebelah dia dengan member saya masa tuh...
dia tak tanya pun kami ok ke tak paper..sanggup pergi budak2 yang baik2 nun jauh di sana...
tak perasan???helllooo....memang betul2 sebelah ok!haha....
masa PMR...x expect pun dapat result ok..x expect pun akan dapat masuk SBP..
then tak pernah fikir pun sebelum tu aku akan cipta life kat hostel..
aku gak tak expect aku akan dapat PLKN...kenal dia dan dia dan segalanya..
such a wonderful memory in SAMURA and PLKN SEKAKAP..

masuk KMJ..kenal dengan dia dan dia dan segalanya..
tak sangaka dapat kenalkan dia dengan dia...
dan tak sangka dia dan dia dah tiada apa2 agy skang..
KMJ...ramai sangat kawan2 yang baik..
yang memberi semangat, yang memberi motivasi, yang memberi tunjuk ajar..
thanx fren!
kat kmj tak tahu lagi nak teruskan dengan apa selepas ini...
hinggalah ada karnival kerjaaya..
hati terpaut sudah dengan biomarine...dengan laut..
dengan kata2 dari incik sainol masa tu...
terus terfikir nak jadi marine biologist..tak pandang belakang dah..

Alhamdullillah..now second year in marine biology programme..
mengenali segalanya tentang ciptaan Allah yang sememangnya sangat luar..
laut..tiada sempadan ketika di tengah..

so...apa akan jadi
kepada saya akan datang??
saya pun tak tahu..
apa kerja saya..
pakai kereta apa..
kurus ke?
mken bulat ke?
siapa my sweet heart?(haha..gatai!)

only ALLAH knows..
KERNA IA SUDAH TERTULIS DI LUTH MAHFUZ.....

Jan 19, 2011

saya ada kawan...


saya ada seorang kawan..
memiliki tempat yang terbaik dalam hati saya..
saya sangat hargai dia..dah 3 tahun agaknya kami kenal..itu pun dia yang ingat dah 3 tahun..huhu
such a wonderful friend to me..very nice..supportive..even sometimes tak berapa betul..
mula-mula jumpa, tak sangka akan kawan sampai sekarang..
yela,sebab kita tak boleh predict masa akan datang kan..
many obstacles yang dilalui sampai kitorang betul-betul rapat..
kalau difikirkan balik,macam mustahil pula kitorang boleh rapat..
ada la alasan tertentu..
but its a fate..
then saya ingat saya yang perasan dengan kehadiran dia dulu..
tapi baru-baru ni saya dapat tahu dia yang mula-mula perasan dulu muka saya yang cute ni..wakaka
dah kenal 3 tahun baru tahu roza??apekah??haha
never mind kott..huhu
yang penting saya kan lebih hargai dia sekarang..
lame jugak kita dah kawan ek..
cepat betul masa berlalu..
macam baru je saya kenal awak..
dan macam baru je kita lalui semua ni..
its gonna be one of the wonderful moment in my life..
thanx sebab warnai hidup saya..
thanx sebab selalu buat saya tersenyum..
thanx sebab selalu buat saya sakit hati sampai nak ketuk awak..haha
thanx 4 everything..

and..

thanx to Allah coz give me such a wonderful fren as a present in my life...
very appreciate!!


lagu sekadar tatapan ok....chill!!

Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri

Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku

Hanya dirimu
Tulus cintaku

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku

Terlambat ku akui berertinya dirimu

Jan 17, 2011

i dont care!

ok..this sentence...
for me...kadang2 ley jadi guraun dan kadang2 bley jadi bahasa yang sangat kasar...
this sentence akan dituturkan bila someone rasa bengang, marah and whatsoever yang berkaitan dengannya..
yup..jangan sampai aku cakap i dont care about you anymore..
kau dengan hidup kau,aku dengan hidup aku..
sebab aku rsa aku tak sekejam itu lagi nak tak care pasal kau..
tapi bila aku fikir balik, kau kesah ke pasal aku?
mungkin ye,mungkin tidak..
mungkin aku tak nampak semua tu atau memang kau tak buat semua tu...

ok...jgn sampai mind set aku ckp 'i dont care about you anymore'..
sebab since mind set aku macam tu, mungkin susah aku nak tukar mind set aku..

ada paham x????

Jan 14, 2011

happy bufday me dear maklong!!!!




ok..this is my autie...my maklong..my maklong y sgt sporting dan sgt pemurah...hehe
sangat kuat semangat..
sangat banyak mengajar saya erti hidup ini...
si pemberi semnagt kepada saya..dan juga kepada keluarga saya...
so..here...i want to thanx her wat had she done...
happy bufday maklong..yang ke 47...
semoge setiap langkah maklong diiringi rahmat daripada yang maha Esa...
dan juga sentiasa bahagia di dunia dan akhirat..
Allah je dapat balas segalanye..
tapi t kite da keje kite balas..
10 dulang balas 11 dulang..hehe
luv u maklong!!

Dec 29, 2010

kematian mengajar seseorang?

hhmmm...tak tahu kenapa tiba-tiba nak buat entry ni..
hhmmm...actually ada reason yang rasanya perlu dirahsiakan..

betul ke ada kematian baru manusia nak meghargai seseorang..
macam Allayarham Sudirman..
macam Allayarham Tan Sri P. Ramlee..

sebenarnya tak perlu contoh jauh2..
ambil contoh diri kita saja..
kita semua...

kita kalau hilang orang yang kita sayang, adakah kita baru nak appreciate orang itu??
jika selama hayat kita, kita tak pernah nak appreciate orang itu, adakah selepas hayatnya baru kita nak appreciate?
apekahhh???

tapi sebenarnya memaang lumrah alam pun, dah tiada baru nak ingat..
masa ada pandang pun kadang2 taknak..

astaghfirullah....
begitu banyak dosa aku selama ini..

sayang mak.
sayang abah..
sayang abang..
sayang adik..
sayang tok..
sayang tok wan..
sayang semua pakcik dan makcik..
sayang semua sepupu..
sayang semua kaum kerabat..
sayang semua kawan2..

panjangkanlah umur mereka supaya aku dapat membalas segala jasa mereka..

janganlah jadikan aku hamba yang menyesal kemudian hari...

...ameen ya rabbal 'alamin...

Dec 25, 2010

just about appreciation

yup...hidup bermasyarakat...saling hormat menghormati dan saling menghargai..
susah sangat ke nak appreciate apa yang someone dah buat kat kita??

hoho~~kamu ni roza..pandai komen orang lain je ye..
kamu tu, cukup menghargai orang ke???

alhamdullillah, i do appreciate all my family members, all my frens..
alaa...bukan susah sangat pun nak appreciate orang..

just...

cakap terima kasih dengan segala apa yang someone tu dah buat kat kita..susah ke cakap terima kasih???susah?ok..fine..
"thanx mom, thanx dad".....
memang nak kena mencarut la kan kalau nak cakap terima kasih pun susah...i think kan, dengan ucapan simpel as ABC ni je pun, is a greatest maening and appreciation actually..fikirla sikit ok?!

cakap sorry...i'm sorry(bak kata amir raja lawak)....dengan lagi satu magic words ni, kan senang hidup korang...dah buat salah, minta maaf jela...ape daaa....


2 magic words...thank you and sorry....
susah??lantak kau la!

Dec 24, 2010

ohhh..kenapalah????

ohhhhh...oohhhhhhhhh.....oohhhhhhhhhhhhhh...
kenapa aku mesti jumpa blog kau????hahaha
logik ke soklan ni?????
aahhhh...ade aku kesah???
dan...
kenapa kau mesti kawan dengan kawan aku?????
cisss......
aiyaa.....
roza da semakin jadi tak betul.....
hohohoho~~~~~dengan khasiat hohoho~~~~
adehhhh....

1 thing..1 sentence..

can u get lost from ma lyf?????