Showing posts with label friends..... Show all posts
Showing posts with label friends..... Show all posts

Feb 11, 2012

kawan itu dari UMT

Wahhh..dah hampir 3 tahun rupanya aku menghabiskan sisa hidup aku kat sini..kat UMT Cita Warisan..huhu..many thing I had learned during my time here. Mempelajari betapa payahnya hidup kat U. makcik aku pernah cakap, hidup kat U lagi senang dengan hidup kat Matrik..sape kate?aku kate tak!objective yang Arif. ehhh.. Objection! Mane ade belajar yang tak susah der..kalau kat matrik, payahnya sebab waktu kuliah pack gile..tutor lagi..dah la tutor math ngn chem cam taknak banyak lagi an..sape yang tak pernah tiru memang excellent la wa cakap lu..ok,sebab tu aku tak bape excellent..=,=''  kalau kat U payahnye sebab gile banyak lab report…perghhh..menimbun dia toksah cakap la kan..tak cukup dengan tu siap kene study journal lagi. Gile tak gile la kan. But life just like that (Prakash,2011). Tak dela nama student kalau tak busy. Tak caye?try la amek kos biomarine. Kompem korang rasa macam amek kos medik. Busy nye same jek. Medik belajar pasal kesihatan, biomarine pon belajar pasal kesihatan. Tapi kesihatan hodupan laut la. Medik belajar camne nak selamatkan manusia, biomarine belajar camne nak conserve hidupan. Mana lagi mulia? Both mulia. So, sape2 yang berlagak dapat kos medik tu takyah la nak berangan lebih2 kau hebat sangat, kitorang pon hebat ok. Oppsss..sape2 bakal doktor yang bace ni, kalau nak terasa, sila terasa kalau korang perasan hebat. Yang tak perasan hebat, takyah emo ok!

Iyep..banyak sangat berlaku kat UMT yang mematangkan aku. Thanx to Julia yang jadi first member aku masa mula-mula kena beratur kat depan blok b2 kira-kira 2 setengah tahun lepas. Iyep, kau tegur aku sebab aku nampak sorang-sorang. Haha.. What the? Whatever. Thanx sebab jadi kawan yang baik untuk aku. Yang ada pada masa senang dan susah aku. Aku tak tahu la aku ade ke tak dalam masa susah kau. Aku jadi amnesia sebab faktor luar..huhu

Masa first sem, ramai kata aku garang. Muka masam. Tak suka senyum. Lagi-lagi kelas botani pukul 8 hari ahad. Aku ingat lagi siapa yang cakap. Ikin la orangnya..haha.. Em, aku memang camni dari dulu. Aku bukan macam kau yang bangun-bangun pagi terus ceria, gilang gemilang mukanya. LOL! I need a time to gain my mood. Harus diingat, semua orang tak sama. Berubah? Skang aku dah berubah kot sebab ada seseorang yang tolong tangkap mood aku pagi-pagi =). But at least aku tak pernah nak memaki hamun korang sesuka hati an time aku takde mood dlu?hee

Semakin lama semakin ramai kawan. Adat la tu. Kawan mari,kawan pergi. Dulu, kami berenam, kemana-mena ppon bersama. Dulu. Sebelum ada motor. Dah ada motor, masing-masing dengan jalan masing-masing. Termasuk aku. Iye, mungkin aku lupe korang. Gomennei. Thanx to Shille, Julia, Wanie, Yana, Diba. You guys did really a good job as my fren. And aku minta maaf juga atas salah aku dengan korang. Jangan tipu takde salah!mesti ada punya! Especially Julia. And Yana, sorry kalau ada banyak terasa masa satu kumpulan kat redang dulu. Gommen. Tapi kan, masa rapat gile dengan korang dulu, memang aku rasa best gile! Lagi-lagi masa kita amek gambar kat Langkawi,kt Helang tu. Aku rasa nostalgic gile masa tu. Dan aku sangat harap momen tu akan berulang untuk kita berenam. Lagi ramai pon best..=)

Sebut pasal Redang, memang cun gile experience kat sana. Yang buat aku ketawa terbahak-bahak pon ada. Aku ingat lagi aku ditipu oleh En Sainol..cissss!!!!!...anyway, thanx to group member, Yana, Juliana, Ikin, Miraie, Azri, Naz, Lai..em, ade lagi ke ek?oohhhh…lupe..safuan..lupe plak ko..haha..thanx guys. Aku akan ingat korang dan segala2nya yang kita pernah buat bersama sampai bila-bila. Lagi-lagi orang yang selalu mabuk laut..em, mungkin ada 2 orang yang akan terasa di sini…peace!haha

Habis itu Ledang punya celita. Asam garam hidup tak pernah lari dari bermacam-macam kesilapan. So, dengan rendah dirinya, aku nak minta maaf kat sape2 yang aku dah buat dia sakit hati. Aku dah penat bergaduh. Turn to the new book. Kita ni bukan makin muda. Ada dalam 5 bulan je lagi untuk tengok muka masing-masing. So aku taknak la segalanya terpisah dengan kebencian. Yang satu batch, senior, junior, super junior. Gomennasai. Nak aku sebut nama ke? Kalau ada request nanti aku update. Sekarang mungkin tak perlu.

Then, thanx to two person yang jadi member bergelak ketawa aku sekarang. Shille and Miraie. Gile best la kawan dengan korang. Tak pernah berkira. Sape-sape kat luar tu, kalau nak tahu, diorang ni la yang tak pernah tanya banyak kalau aku nak pinjam duit time tengah sesak. Diorang ada duit ke takda ke, tetap akan bagi walau sikit. Sure aku nanges time pisah ngn korang nanti. Huhu

(bunga sakura tiba-tiba beterbangan)

And last but not least. Thanx untuk banker saya, accountant saya, advisor saya, compliment saya, spirit saya…dan segala-galanya untuk saya..thanx!thanx!thanx! Takyah la cakap banyak-banyak kat sini..malu plak..haha..waklu!

Yosh!!thanx bace karangan SPM ni. Aku sayang korang! 








Aug 22, 2011

entry before pulang beraya

assalamualaikum dan salam ramadhan unutk semua umat islam...=)
malam ni aku dah balik johor unutk berjumpa dengan keluarga terchenta..
so nak buat la sikit entry sebelum balik beraya..

semalam kami berempat tak tidur..melayan kerenah mira diba yang nak buat vlog..
tapi tak tahu la nak cakap jadi ke tak..haha
lepas tu dalam pukul 2 kami pergi bersahur kat kedai ma mee tomyam..
pekena mi goreng mamak..
sebenarnya pintu yang kami keluar nak pergi kedai ma mee tu tutup tapi dia cuma kunci guna tali..
apekah???cuma pintal-pintal je tali tu..
haah...memang sangat secure!
dah lepas makan tu,tengok dari jauh pak gguard tu tengah tercongok kat depan pintu agar yang tak berapa nak besar tu....
ok..dah bayar da tu,kami duduk balik sebab takut..wakakaka
ma mee dengan baiknya menghantar kami pulang dan explain kat pak guard yang tak reti senyum tu..
orang cakap terima kasih pon tak respon...
ok..bajet NC...jadahnye...
pastu sahur terlajak kan...bagus betul rozaliana...

tadi pergi batu enam dengan shil..beli keropok lekor..
kenapa ek..aku rasa tak konfiden bawa motor..
kereta ke moto lalu sebelah mesti cam terkejut..

adenya traffic news kat blog ni bagus tapi hari ni aku tak suka plak..
tetibe orang yang aku mahu lupa melawat blog aku..
sentap nama kau keluar..
sorry..aku tak boleh berhenti tak suka kau..




nota lereng bukit (shil buat nota hujung kaki,aku pun nak jugak la) ::
selain family saya,awak orang yang saya mahu sentiasa ada..=)

Feb 20, 2011

saya happy hari ni!

semalam agak down tapi hari ni da up balek...
semalam saya fikir bila besfren yang dah lama kenal saya takde kat sebelah saya time saya down, saya ase memang saya akan sedih jek..
semalam saya rasa macam dan peluk ana atau ainun..
tapi tak boleh..dowang jauh..

tapi sebenarnya saya ada kawan yang baik jugak kat sini...yang sentiasa membuat saya ketawa..
yang buat saya lupa..

thanx ira..yang penat buat saya ketawa even penat balik camping..
thanx fina + sara yang buat saya ketawa dengan ke'blur'an kowang..
thanx shil + julia + zet + miraie + liyana....kowang wat saya ketawa tanpa kowang sedari...

saya ada kawan yang sentiasa buat saya ketawa..
dan saya akan terus ketawa..

sayang kamu semua!!!