Nov 18, 2010

i miss........

..sgt rindu my family...

Shall I compare thee to a summer's day?
Thou art more lovely and more temperate:
Rough winds do shake the darling buds of May,
And summer's lease hath all too short a date:
Sometime too hot the eye of heaven shines,
And often is his gold complexion dimm'd;
And every fair from fair sometime declines,
By chance or nature's changing course untrimm'd;
But thy eternal summer shall not fade
Nor lose possession of that fair thou owest;
Nor shall Death brag thou wander'st in his shade,
When in eternal lines to time thou growest:
So long as men can breathe or eyes can see,
So long lives this and this gives life to thee.



Nov 11, 2010

Nabi Musa Membelah Laut Dibuktikan Saintis Amerika


بسم الله الرحمن الرحيم


LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) 'berpusing' dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.


Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.
Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. - Agensi




ok.ini artikel pasal mukjizat Nabi Musa..pada mulanya, saya impressed sebab para saintis dapat find out kisah mukjizat Nabi Allah ini..tapi bila saya bace komen-komen, tiba-tiba rasa tak berapa impressed pula..sebab artikel ini sepeti hendak mengatakan ape yang terjadi disebabkan tindakan angin dan secara semulajadi serta tidak bercanggah dengan hukum fizik..dan seperti hendak menafikan kekuasaan Allah dan mukjizat Nabi Musa..sedangkan kita sebagai umat Islam percaya bahawa semua yang terjadi kerana kehendak dan kekuasaan Allah S.W.T..dan satu lagi, kalau tiada penyelidikan macam ni pun, umat Islam tetap percaya kejadian Nabi Musa membelah lautan untuk melarikan diri dari Firaun memang benar..tetapkan Iman..takut jika semua ini satu propaganda semata-mata...

rasanya mereka ni buat kajian semata-mata untuk mengkaji kisah ini, bukanlah untuk mengkaji kekuasaan Allah..disebabkan itulah mereka tak diberi hidayah even kebenaran itu ternyata jelas..ALLAH MEMANG BERKUASA KE ATAS SEGALANYA....



correction.....
terlalu memikirkan mengenai konsep semata-mata fizik serta tidak memikirkan kekuasaan Yang Maha Esa yang di utarakan oleh para pengkaji membuatkan saya bersangka buruk kepada mereka..tindakan yang tak betul sebenarnya..terima kasih kepada anonymous yang telah menegur... =)
hidayah itu milik Allah..dan saya tidak berhak untuk cakap mengenai hidayah kepada mereka..
terima kasih lagi sekali....

Nov 9, 2010

perihal blog...

pagi yang nyaman..sejuk..sesuai untuk buat entry (ade kena menena ke?)

terfikir tajuk entry ni masa tengah dengar ira menyanyi dengan lirik salah even sudah ada minilyrics..malas je nak tegur..huhu
ok..blog..cara seseorang menyampaikan or meluahkan segala isi hati..
entry gempak dapat ramai follower..duit dari nuffnag pun makin banyak...
perlu ke?
bak kata kaklong..
"blog memang untuk berkongsi..tapi tak semua boleh dikongsi..ape guna follower banyak-banyak.kita nak kualiti bukan kuantiti" - lebih kurang macam ni la
nice!inilah yang kita nak..perlu ke buat entry yang panas?
maybe perlu bg KAMU...
then kaklong kate Malaysia jadi negara pertama yang rakyatnya suka cari kawan dari internet, paling banyak menghabiskan masa dengan internet,..padahal internet connection kat Malaysia boleh dikatakan slow...

macam-macam boleh tulis kat blog..baru baca entry yang saya paling tak suke sebab melibatkan part of my life..semoge KAMU sedar...tapi kalau nak buat lagi pun, buatlah....

tapi takkan la semua benda nak expose kat blog kott..agak-agak la derr..

wonder la macam mana orang yang boleh tulis benda yang melibatkan maruah orang...kalau betul pun orang tu salah, perlu ke anda jadikan salah dia sebagai entry KAMU? dengan panggilan yang membuatkan saya rasa macam nak sepak kamu..tapi takpe..sabar tu kan separuh dari iman..KAMU yang buat entry blog ni pun, tak reti nak sabar?
macam la jadi kat kamu...what the what???
kalau saya buat kat KAMU, agak-agak KAMU suka tak?
hooohoooooo~~~~
jangan la sampai saya mencarut di sini ok...
rasanya tak semua masalh kena orang lain masuk campur..
so, since kamu da benarkan member KAMU masuk campur, saya sebagai member dy, mewajibkan diri saya untuk masuk campur...


terima kasih


Nov 8, 2010

10 perkataan kaum hawa selalu cakap

FINE

Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT

Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA

Ini bermakna “something” dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama ‘LIMA MINIT’ dan diakhiri dengan ‘FINE’.

PERGILAH!

(dengan kening terangkat) Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan ‘TAKDE APA-APA’ dan diakhiri dengan‘FINE’. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna ‘mengalah’ atau ‘buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah’. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan ‘TAKDE APA-APA’, ‘FINE’ dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa ‘LIMA MINIT’ apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT

Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki.‘MENGELUH YANG KUAT’ bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai ‘TAKDE APA-APA’.

MENGELUH YANG PERLAHAN

Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. ‘MENGELUH YANG PERLAHAN’ membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan… dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH

Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki.

‘OKAY LAH’

bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. ‘OKAY LAH’ selalunya digunakan dengan‘FINE’ bersama ‘Kening Yang Terangkat’.

BUAT LAH

Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH

Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat ‘OKAY LAH’.

TERIMA KASIH

Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK

Ini banyak berbeza dari ‘TERIMA KASIH’. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan ‘MENGELUH YANG KUAT’. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas‘MENGELUH YANG KUAT’ kerana ini hanya akan membuat dia berkata ‘TAKDE APA-APA’.




ok.almost me...huhu