Showing posts with label marine biology. Show all posts
Showing posts with label marine biology. Show all posts

Oct 30, 2011

lagi 4 hari nak balik..

assalamualaikum semua..
ok..hari ni tak mentally stress..even problem FYP tu belum setel lagi, stress da makin kurang..em, kalau aku nak regret sampai hari ni pun, apa yang boleh aku buat..dah kena mara dengan prof pun..
nasib baik ada yang sentiasa menykong, ada yang sentiasa memberi semangat, ada yang sentiasa membuat aku tersenyum..
terima kaseh chenta..
lagi 4 hari nak balik ruma unutk meraikan sambutan hari raya haji..tak sabar nak jumpa mak,abah,adik,tok wan,atok,obak dan mia!
dan lagi 4 hari kita akan jauh seketika..semestinya aku akan merinduimu (<----erk?)

rasanya tak banyak kerja yang perlu dibereskan minggu ni..cuma kena jahit replika penyu je..
tadi kitorang keluarkan isi2 perut penyu..
nanti aku amek gambar,pastu aku upload deyh..
memang cam hitler aku kuarkan flesh dy tadi..siap cungkil mata lagi..
em,dan tadi sebenarnya mata aku terpercik formalin..aku dah cuak sorang2 dah tadi..
nasib baik okeh lagik mata ini..

actually kan,aku takut nak update sangat blog aku ni..yelaa..takut ade orang terasa aku tulis pasal dorang plak kang..so,sume bende aku kena tapis..then aku tak boleh express betul2 apa yang aku nak tulis..jadi macam bukan blog aku pulak kan..dah la fb skang umum gile..ok la..ngantok pule rasenye puuunnnn...

adios...daa~~

Mar 13, 2011

assalamualaikum semue...
kali ni nak berkongsi sedikit ilmu tentang marine..lame dah rasanya tak tulis pasal marine..assyik tulis pasal diri sendiri jek..

ok..ape yang korang fikir kalau words jellyfish yang saya suruh korang fikir?
ok..its a marine organism...tp..errr...
takkan la kat bawah ni plak an...

cute gile ini itik an?



pernah tak dengar pasal algae bloom?algae bloom ni bile mane algae banyak sangat kat sea water sampai ley way harmful kat marine organism..macam mana boleh jadinye algae bloom?sebab kite semua la..sebab manusia..yang suke hati je buat pencemaran..so, bile banyak pencemaran, eutrophication will increase..apa itu?itu adelah penambahan nutrient dalam sea water (secare mudah)..menyebabkan organism yang melekat kat bottom mati sebab sunlight takley nak penetrate..

so..this is harmful algae bloom (HAB)..teruk kan?
fine..ape significant dengan jellyfish?..actually, harmful algae bloom agak popular...tapi ramai yang tak tahu adanya jellyfish bloom..honestly, saya pon baru tahu bila ada kuliah pasal ni...

ok..ni salah satu jenis jellyfish

ni pun salah satu jenis jellyfish

jellyfish ni sebenarnye tak semua yang bahaye..tapi kalau ada yang bahaya tu, memang bahaya la..sampai boleh membunuh dalam masa 3-4 minit..kalau yang biasa-biasa tu, depends on individu..kalau someone tu boleh tahan kulit dia, ok jek..efek dia kite boleh nampak on external and internal..kalau external tu cam gatal2..kalau internal, dia boleh sebabkan susah untuk bernafas..haaaa..bahaye kan?so, dinasihatkan, jauh2 la dari jellyfish even korang fikir korang tu pernah telan muntah jin..haha

ok..kat bawah ni koleksi pix jellyfish blooms...thanx paksin google..







giant jellyfish



Nov 11, 2010

Nabi Musa Membelah Laut Dibuktikan Saintis Amerika


بسم الله الرحمن الرحيم


LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) 'berpusing' dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.


Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.
Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. - Agensi




ok.ini artikel pasal mukjizat Nabi Musa..pada mulanya, saya impressed sebab para saintis dapat find out kisah mukjizat Nabi Allah ini..tapi bila saya bace komen-komen, tiba-tiba rasa tak berapa impressed pula..sebab artikel ini sepeti hendak mengatakan ape yang terjadi disebabkan tindakan angin dan secara semulajadi serta tidak bercanggah dengan hukum fizik..dan seperti hendak menafikan kekuasaan Allah dan mukjizat Nabi Musa..sedangkan kita sebagai umat Islam percaya bahawa semua yang terjadi kerana kehendak dan kekuasaan Allah S.W.T..dan satu lagi, kalau tiada penyelidikan macam ni pun, umat Islam tetap percaya kejadian Nabi Musa membelah lautan untuk melarikan diri dari Firaun memang benar..tetapkan Iman..takut jika semua ini satu propaganda semata-mata...

rasanya mereka ni buat kajian semata-mata untuk mengkaji kisah ini, bukanlah untuk mengkaji kekuasaan Allah..disebabkan itulah mereka tak diberi hidayah even kebenaran itu ternyata jelas..ALLAH MEMANG BERKUASA KE ATAS SEGALANYA....



correction.....
terlalu memikirkan mengenai konsep semata-mata fizik serta tidak memikirkan kekuasaan Yang Maha Esa yang di utarakan oleh para pengkaji membuatkan saya bersangka buruk kepada mereka..tindakan yang tak betul sebenarnya..terima kasih kepada anonymous yang telah menegur... =)
hidayah itu milik Allah..dan saya tidak berhak untuk cakap mengenai hidayah kepada mereka..
terima kasih lagi sekali....

Oct 28, 2010

Ombak Dalam Laut...SubhanaAllah...



ok..saya baru tahu keajaiban Allah yang menakjubkan ni..
info ini saya dapat dari webpage Harun Yahya..
bagus webpage ni..banyak yang saya belajar..
credit should give to Azri sebab kenalkan saya dengan webpage ni..
selama ini kenal nama saja..bukan nak ambil tahu pun..
ok..just take a a few minutes read this 'copy paste' article..huhu


Allah berfirman di dalam Al Qur'an

أَوْ كَظُلُمَاتٍ فِي بَحْرٍ لُجِّيٍّ يَغْشَاهُ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ سَحَابٌ ۚ ظُلُمَاتٌ بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ إِذَا أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ يَكَدْ يَرَاهَا ۗ وَمَنْ لَمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُورًا فَمَا لَهُ مِنْ نُورٍ


"Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya pula awan; gelap gelita yang tindih menindih, apabila dia mengeluarkan tangannya tiadalah dia dapat melihatnya, dan barangsiapa yang tiada diberi cahaya oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. Surah An-Nur: 40)

Hari ini, kita dapat mengetahui struktur umum mengenai lautan. Sifat-sifat makhluk hidupan di dalamnya, salinisasinya melalui pengetahun tentang kadar kandungan air, kawasan dan kedalamannya. Kapal selam dan peralatan khusus yang dibangunkan dengan teknologi moden, membantu saintis untuk merakamkam maklumat seperti ini.

Manusia tidak mampu menyelam lebih dari 40 meter ke bawah tanpa sebarang bantuan atau peralatan khusus. Mereka tidak dapat bertahan tanpa peralatan di dasar, bahagian yang gelap di lautan, seperti pada kedalaman 200 meter. Atas sebab ini, para saintis hanya akhir-akhir ini mampu menyingkap maklumat terperinci mengenai lautan ini. Bagaimanapun kenyataan 'gelap gelita di lautan yang dalam' telah pun di selitkan di dalam surah An-Nur 1400 tahun dahulu. Ianya sudah pasti satu dari keajaiban Al-Qur'an di mana maklumat seperti ini dikhabarkan ketika di mana tidak ada sebuah peralatan pun yang dapat membantu manusia untuk menyelam ke dasar lautan.

Sebagai tambahan, fakta di dalam ayat 40 surah Nur: gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya pula awan; menarik perhatian kita kepada satu lagi keajaiban Al-Qur'an.

Para saintis baru-baru ini telah menemui bahawa di sana terdapat gelombang ombak di dalam lautan, yang mana terjadi pada kepekatan sempadan dua permukaan di atas lapisan-lapisan yang mempunyai kepekatan berbeza. Gelombang internal ini melitupi air laut yang dalam kerana bahagian yang jauh ke dalam mempunyai kepekatan yang lebih tinggi dari air yang berada di atasnya. Gelombang internal bertindak seperti ombak di permukaan lautan. Ianya boleh berpecah sama seperti ombak di permukaan. Ombak internal ini tidak dapat dilihat dengan mata manusia, tetapi ia dapat dikesan dengan mengkaji perubahan suhu atau salinisasi pada suatu kedudukan yang diberi.

Kenyataan yang terdapat di dalam Al-Qur'an berbunyi secara mutlak selari kepada penjelasan di atas. Tanpa perlu kepada pengkajian, seorang dapat melihat dengan jelas ombak pada permukaan laut. Tatapi suatu yang amat mustahil bagi seseorang untuk melihat ombak di dalam laut (internal). Sebenarnya, dalam surah Nur, Tuhan menarik perhatian manusia kepada satu lagi jenis ombak yang berlaku di dalam lautan. Suatu yang pasti, fakta ini yang baru ditemui oleh saintis baru-baru ini, menunjukkan sekali lagi bahawa Al-Qur'an adalah kalam Tuhan.



Oct 25, 2010

bermuda triangle

ini sebenarnya text speech tadi..mengharapkan semuanya berjalan lancar tapi air-cond kat depan sangat berkuasa tinggi..huhu..sory miss shahida..saya sejuk sangat sampai apa yang saya hafal pun terlupa..huhu

saja nak kongsi apa yang saya dapat..berkongsi slaah satu bukti kekuasaan Allah..

betul la cikgu cakap dulu..bila kita semakin banyak belajar tentang sains, kita makin mengakui bahawa ciptaan Allah sangat hebat..

apalah sangat pyramid yang satu tiang kalau nak dibandingkan dengan langit yang tak bertiang..

apalah sangat stonehenge kalau nak dibandingkan dengan pelbagai jenis batu yang telah dicipta..

apalah sangat tembok besar china yang nampak dari bulan kalau nak dibandingkan dengan masjid-masjidyang nampak bercahaya dari bulan..

kata kunci di sini...Allah sangat berkuasa memerintah alam dunia ini...

semoga cintaku kepada Allah tidak pernah luput...Amiin~~



Introduction

I want to tell u all one story. Imagine that I am a navy. I had been almost completely around this planet and seen all kinds of things while out to sea. But I was little nervous after my captain announced we were entering one of the scary place in the world. On that day, I was pulling duty on bridge at the helm. It was around 2 am when my compass stop working. I alerted the officer of the deck who then told me to steer using true north. About 10 minutes the port lookout reported a light off in the distance. The officer of the deck looked at the radar screen but nothing showed. The light did not seem to be moving and was bright white in colour. If it were merchant ship, it would have more than one light and there were no other America warship in this area. Our guts strongly told us that was not a ship. The officer of the deck sent the message to wake the captain and requested he came to the bridge. When the captain came to the bridge he was informed the light, the non working compass and the blank radar screen. The captain looked at the light through the binocular. The officer asked if we should turn toward the light and investigate. But the captain refused and ordered us to stay on course but keep the eyes on the light. About an hour later the compass begin to work and the light disappear. Thank god we were safe in this journey. The journey to escape from the Bermuda Triangle. So today I want to inform and share some information with u all about Bermuda Triangle.

Body

1) Background and area of Bermuda Triangle

1. The word ‘triangle’ got its name from roughly shape of a triangle that said to have sucked aircraft and boats into its dark water.

2. Bermuda Triangle also called Devil’s Triangle. It is called so because of people’s superstitious beliefs. They believe that devil was at play on this ocean gobbling up anything that travels on it.

3. The boundaries of triangles cover the Straits of Florida, Bahamas and the entire Carribean coast of Miami, San Juan, Puerto Rico and mid-Atlantic Island of Bermuda.

4. The mysteries of Bermuda Triangle was first recognized by Christopher Columbus. During his journey in 1492, he reported the weird compass readings in the Bermuda Triangle. Columbus and his crew also seen a mysterious light in the sky.

2) Supernatural explanation about the mysteries of the Bermuda Triangle

1. One explanation blame on the mythical lost city of Atlantis. So how the mysterious disappearances connected to this supernatural story of Atlantis? The legend says that the city of Atlantis heavily depended on some special energy crystals which were extremely powerful. Those crystals radiated huge amount of energy that can cause the navigational instruments of ship and aircrafts not functional or even destroy them completely.

2. From other theory, lost of ship and flight are attribute the events of UFO. Assume the lost of Flight 19 aircrews as alien abductees.

3) Natural explanation about the mysteries of Bermuda Triangle

1. Gulf Stream

i) Gulf Stream is a river within an ocean, and like a river, it can carry floating objects.

ii) It has a surface velocity of up to about 2.5 metres per second.

iii) If small plane making a water landing or boat having engine trouble can carried away from its reported position by current

2. Hurricanes

i) Hurricanes are power storms, which form in tropical waters and have historically cost thousands of lives.

ii) The sinking of Francisco de Bodilla’s Spanish fleet in 1502 was first recorded of a destructive hurricane

iii) This storm cause a number of incident related to the Triangle

3. Methane hydrates

i) The presence of methane hydrates in the form of natural gas on the continental shelf.

ii) Bubbles of the methane can sink a ship by decreasing the density of water.

iii) Seawater no longer capable of providing adequate buoyancy for ships. So, a ship will tend to sink very rapidly and without warning

4) Famous Bermuda Triangle incidents

1. Flight 19 on Dec 5, 1945

i) Flight 19 was the designation of five TBM Avenger torpedo bombers

ii) A squadron of five U.S. Navy TBM Avenger torpedo on a training flight out of Fort Lauderdale, Florida.

iii) The flight consisted of expert Marine Corps aviators who reported the number of odd visuals effects and suddenly the signals disappear.

iv) TBM Avenger bombers were built to float for long periods, so they should been found the next day considering what were reported as calm seas and clear sky.

v) However, not only they not found, a navy search and rescue that went after them also lost

vi) This incident described to ‘causes or reasons unknown’

2. Star Tiger on Jan 31, 1948

i) Piloted by Captain B.W. McMillan, carried 29 passengers and crew on board, had left hours ealier from Santa Maria, Azores

ii) While approaching Bermuda, McMillan made expected contact with Kidley Field, the next stopover, requesting a radio bearing to calibrate his navigation systems and make sure he remained on course

iii) The last confirmation from McMillan is position of the aircraft and an hour late due to strong headwinds. After that, no further transmission received from the aircraft

iv) Rescue operations were launched but no trace of the aircraft was found.

Conclusion

So, as the conclusion, most of the mysteries in Bermuda Triangle are remain unsolved. Although many theories are proposed about the incidents at Bermuda Triangle, but it just a theories. Maybe have another reason why aircrafts and ships are disappeared in that Triangle. Only God knows the answer of this questions.

Bibliography

1) Aaron Rosenberg. (2002). Unsolved Mysteries: Bermuda Triangle. Rosen Publishing Group, Inc.

2) Rovingpatrol. (2010). My Experience In The Bermuda Triangle. Retrieved 15th October 2010 from http://rovingpatrol.wordpress.com/2010/03/05/my-experience-in-the-bermuda-triangle/

World-Mysteries.com. (2004). Mystic places : Bermuda triangle history and incidents. Retrieved on 15thOctober 2010 from http://www.world-mysteries.com/mpl_bermuda_triangle_history.htm







ni pix hurricane yang di ambil menggunakan satelit..



ni lah LOST CITY OF ATLANTIS..
masih dalam kajian apa yang sebenarnya terjadi ke atas LOST CITY OF ATLANTIS



and ini boundaries yang cover bermuda triangle


kehilangan aircraft AVENGER TORPEDO BOMBER yang masih lagi menjadi tanda tanya..


satu lagi pix mengenai LOST CITY OF ATLANTIS



this is a simple experiment about the sinking of ship because of methane hydrate..



actually video ni nak tunjuk after habis speech tapi masa mencemburui saya..haha
enjoy it!

tapi sebenarnya, banyak juga orang yang cakap sebenarnya tiada apa-apa pun kat bermuda triangle..mereka sudah banyak kali lalu kat situ,bot nothing happen..
latest incident yang berlaku masa 2009..tapi tiada kehilangan pun..itu berdasarkan research saya la..
tapi apa-apa pun...ia boleh jadi kebetulan dan boleh jadi ia sememangnya ada 'sesuatu' di bermuda triangle..
ada orang kata 'dajal'..tapi tak tahu la..
tak buat research pun pasal tu..huhu..insyaAllah research akan diteruskan..

semuanya jawapan ada di tangan Yang Maha Esa..
sesungguhnya Dialah yang mencipta seluruh alam semesta ini dan hanya Dialah yang tahu rahsia yang tersimpan didalamnya...
KUN FAYA KUN...

Oct 16, 2010

mari meneroka lautan

kali ini, saya terpanggil untuk berkongsi mengenai dunia lautan..
sesungguhnya hidupan di lautan amatlah luas..
kita ni tak cukup lagi meneroka lautan Allah..
ni serba sedikit yang saya dah belajar..





ok..apa ini?macam bunga..cantik kan.?pink colored pula tu..
ini sebenarnya cacing..cacing yang cantik di dalam laut..haha
tak tipu ok..name omputeh..feather duster worm..bley google untuk sebarang maklumat lain..
hidupan ini di klasifikasikan sebagai cacing sebab ia segmented dan ada parapodia(macam kaki cacing)..
hidupan ini juga ada reproductive, circulatory system yang tersendiri..




ini pula sea anemone bersama rakan baiknya clownfish..
sea anemone ada racun..hanya clownfish sahaja yang boleh lawan dengan racun yang ada pada sea anemone..sebab itu, clownfish saja yang menginap kat sea anemone..


ini pix yang di ambil di Great Barrier Reef..kat sini ada coral yang paling banyak populasinya..
dan juga cantik2..


ok..tahu ini apa?omputeh panggil sea pens..cuba tengok..ada bentuk pen tak?
pen moden mungkin tidak..bentuk sea pens ni macam pen zaman dulu kala..
yang gune ink tu..yang tulis pakai bulu ayam tu..
haaaa...itulah....



cantik tak pemandangan?ini dalam laut sebab ada scuba divers..
taw apa istimewa gambar ini?
"river in the sea"
pernah dengar?lama dah penemuan sungai dalam laut ni..
dengar kata, orang yang jumpa sungai dalam laut ni, masuk Islam..Alhamdullillah..
ok..macam mana dia tahu ada sungai dalam laut?
sebab pokoknya kah?mestila bukan..
sebab semasa dia measure salinity air laut kat area ni, tiba-tiba salinity jadi sangat rendah which is rendahnya untuk air sungai..
semuanya kuasa Allah kan...
KUN FAYA KUN...



ini sea urchin...sejenis binatang..bukan bunga..ianya sangat tajam..ada bermacam-macam saiz..



cantik kan..hidupan cantik ini adalah daripada keluarga siput..
nama sains, nudibranch..namak tak sesungut kat atas tu?
macam siput kan...cuma yang membezakan nudibranch ni dengan siput biasa, ia tiada cengkerang..



sea cucumber atau pun gamat..sangat popular di malaysia sebagai minyak gamat yang dijuual di pulau langkawi...
mungkin ni gamat batik..beedasarkan corak..mungkin la...huhu




ini giant kelps..sejenis algae..
ianya nampak seperti hutan di dalam laut..
cantik kan..




the most disasater to the coral...
crown of thorn(cot)..
COT ini memakan coral sehingga coral mati..
reproduction sangat cepat sehingga membahayakan populasi coral yang semakin terancam..



ini pula fire worm...worm yang banyak kaki..
cantik tapi sebenarnya menggelikan...huhu




ini pula platyhelminthes..worm juga..
unsegmented worm...
di mana makanan masuk, di situ juga makanan keluar untuk worm ni..
mean, worm ni ada satu opening saja..




ini..lionfish...hujung fin sangat merbahaya kepada manusia..
merupakan haiwan yang malas yang menunggu sahaja mangsanya datang..
sejenis ikan yang tidak akan berhenti makan selagi makanan tak habis depan mata...



ini giant clam..macam kerang juga ..cume lagi cantik..
panjang boleh mencapai 2 meter..(kot..huhu)


sebarang kesalahan infomasi untuk entri ini maaf ye..
saya budak baru belajar..=)