Nov 11, 2010

Nabi Musa Membelah Laut Dibuktikan Saintis Amerika


بسم الله الرحمن الرحيم


LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) 'berpusing' dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.


Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.
Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. - Agensi




ok.ini artikel pasal mukjizat Nabi Musa..pada mulanya, saya impressed sebab para saintis dapat find out kisah mukjizat Nabi Allah ini..tapi bila saya bace komen-komen, tiba-tiba rasa tak berapa impressed pula..sebab artikel ini sepeti hendak mengatakan ape yang terjadi disebabkan tindakan angin dan secara semulajadi serta tidak bercanggah dengan hukum fizik..dan seperti hendak menafikan kekuasaan Allah dan mukjizat Nabi Musa..sedangkan kita sebagai umat Islam percaya bahawa semua yang terjadi kerana kehendak dan kekuasaan Allah S.W.T..dan satu lagi, kalau tiada penyelidikan macam ni pun, umat Islam tetap percaya kejadian Nabi Musa membelah lautan untuk melarikan diri dari Firaun memang benar..tetapkan Iman..takut jika semua ini satu propaganda semata-mata...

rasanya mereka ni buat kajian semata-mata untuk mengkaji kisah ini, bukanlah untuk mengkaji kekuasaan Allah..disebabkan itulah mereka tak diberi hidayah even kebenaran itu ternyata jelas..ALLAH MEMANG BERKUASA KE ATAS SEGALANYA....



correction.....
terlalu memikirkan mengenai konsep semata-mata fizik serta tidak memikirkan kekuasaan Yang Maha Esa yang di utarakan oleh para pengkaji membuatkan saya bersangka buruk kepada mereka..tindakan yang tak betul sebenarnya..terima kasih kepada anonymous yang telah menegur... =)
hidayah itu milik Allah..dan saya tidak berhak untuk cakap mengenai hidayah kepada mereka..
terima kasih lagi sekali....

3 comments:

  1. salam..syukran atas post yg sgt menarik. subhanallah! Allah Maha Bijaksana. dan Dialah yang memberi hidayah kepada manusia. Niat mereka tu, wallahualam, tp sbg umat Islam, kita kena bersangka baik. Mungkin dgn mengkaji fenomena ini mereka lebih mengenali Sang Pencipta atau org lain boleh mengambil manfaat dan pelajaran daripadanya.

    wallahualam.

    ReplyDelete
  2. wsalam..
    iyep..memang ade kebaikan di sebalik kajian mereka..
    dan kite mmg sepatutnya bersangke baik..
    terima kasih kerana menegur...

    ReplyDelete
  3. menarik artikel ni..tapi tulisan kelabu tu xberapa nampak la..kene highlight baru bleh bace

    ReplyDelete