May 11, 2012

Quran kecil

assalamualaikum semua..
hmm..hati..teringin sangat nak beli Quran kecik kaler pink..
sekarang tengah ada karnival kat kampus..ada jual Quran kecik cantik2..tak ada ppon lagi Quran kecik..
penting sangat ke roza?
penting laa..sebab senang bawak kalau travel jauh..
hmmm..kecewe sangat rasa tak dapat beli..
dah la mura-mura tengok tadi..
adal pulak sorang sahabat kata ada yang lagi mura dan cantik..
kuat sangat hati ini nekad untuk beli Quran kecik tu tp mungkin belum berkesempatan..
cerita pada mak, sekadar mahu berkongsi keinginan hati..
mak berkata, tunggu sehingga ada duit..
memang diri ini faham keadaan diri dan keluarga..
sekadar mahu berkongsi cerita dengan seorang bonda..

wahai bonda dan ayahanda, janganlah fikir anakmu ini menambah beban yang telah sedia ada..anakmu ini tidak mahu menjadi penambah beban..menjadi anak sulung yang memahami masalah keluarga merupakan salah satu tugas anakanda..

saya sayang mak dan abah saya...<3

May 1, 2012

aku tidak sempurna

setiap orang ada hati..
sekeras mana pun seseorang tu, last2 boleh jadi tisu jugak hati dia..
aku tak menjanjikan untuk mejaga hati semua pihak..
pasti ada yang tidak berpuas hati dengan aku..
tapi aku cuba lakukan yang terbaik untuk memuaskan hati semua pihak..
cuma kadang kala aku penat bila cubaan memuaskan hati orang dibalas dengan nilai yang tidak setimpal dan tidak sepatutnya..
seringkali aku terfikir patutkah aku meneruskan usaha ini?
seringkali air mata hampir menitis tatkala mengenangkan betapa kecilnya diri ini di mata mereka..
bersyukur kerana aku ada Yang Maha Kuasa yang sentiasa ada mendengar setiap keluhanku..
tak mengapa..mungkin aku sudah tidak kisah lagi tentang keberadaanku di hati mereka semua..
yang pasti mereka sentiasa di hatiku..
selalu aku memikirkan mereka di saat mereka kadang kala lupa akanku, mungkin..
cuma maafkan segala khilafku pada hari semalam..
sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu jugak datang daripada Allah yang telah disandarkan ke atasku..
semoga kalian mengekalkan kebahagiaan di saat kita hampir berpisah ini dan terus bahagia apabila kita terpisah jasad..
maaf jika aku langsung tidak cukup baik untuk mejadi sahabat kalian..

Feb 21, 2012

Earth Hour 2012???

assalamualaikum semua...

aku baru tahu, Earth Hour akan dilancarkan pada 31 march nanti..
ada shape-shape yang tak tahu Earth Hour tu ape? Earth Hour tu jangka masa sejam dimana kite semua kena padam lampu untuk menyokong program ni. program ni telah diaplikasikan oleh banyak neegara besar. secara ringkasnya program ni dapat mengurangkan penggunaan elektrik dalam jangka masa sejam tu.
tapi ramai jugak yang fikir termasuk aku,..
     "alah, sejam je pon. efek mana sangat"
bende ni sama jugak denga 'pengharaman' penggunaan beg plastikdi pasaraya pada hari sabtu. tapi cuba kita fikir balik, 3R. taw? Recycle, Reuse, Reduce. ada Reduce disitu. so itu adalah salah satu cara kita untuk menyelamatkan bumi kita. and sekali lagi so, same je cam Earth Hour ni. sekurang-kurangnya kita ada usaha kan?..
ingat lagi, first time Earth Hour ni dilancarkan masa aku kat Matrik Johor. ada aku dengar cerita dulu, Earth Hour ni just konspirasi yang nak menjatuhkan Islam sebab dilancarkan masa solat Isyak. tapi kalau betul pun itu satu konspirasi, so? kita teruskan jela solat. especially yang solat kat masjid. macam masa aku kat Matrik dulu, hanya satu dua lampu je terpasang kat dalam masjid. tapi still tetap tunaikan solat dan bersalaman dalam keadaan malap2 romantik tu. suara imam pun masa tu tak pakai mic n boleh dengar sampai atas (tempat solat perempuan)..so takde masalah la kan?? =)

lepas balik masjid dulu, abah call. tanya abah, padam lampu tak? abah kata, tengah betul motor ni, xley padam..apekah?? yang kawan aku pulak, ainun tanya family dia, padam lampu tak? adik dia kata, lampu padam tapi ekon tak padam..LOL!..aku rasa macam kelakar...=p

best masa tu, semua orang berkumpul kat koridor sementara nak tunggu sejam. doyah, mimi daaannnn......
ok, ingatan aku dan expired =(
kitorang beramai-ramai masa tu. yang tak kenal pun boleh kenal..best..=)

masa kat UMT, 1st year, kitrang lights off tepat pada waktunya. aku, ira n yayan. tapi pelik knpe ramai yang tak lights off. lights off sepatutnya start pukol 830 malam. tapi pukul 9 baru ada orang terjerit2 macam drakula yang tak cukup minum darah suruh lights off..apekah???kalau korang dengar, kompem korang ingat histeria dia terjerit-jerit. padahal suruh tutup lampu je. and that girl dari sebelah blok aku. sangat clean n clear suara dia.
masa ni lah aku jumpe dengan doyah. dia ada hal kat UMT. then langsung jumpa aku. kitorang kenal dari SAMURA, form 5. dapat Matrik sama-sama, satu aras, satu kuliah. tapi sekrang dia study kat UKM. happy gile aku jumpa dia. macam tak sangka..=)

masa duduk kat rumah sewa, aku tak ingat kitorang lights off ke tak..hilang ingatan.
yang aku tahu, ada desas-desus mengatakan student yang stay kat new cafe bising gile masa Earth Hour sampai ganggu orang yang solat Isyak kat Surau al-Irfan...

so, this year aku tutup lampu tak? Insyaallah akan menyokong.

saya menyokong Earth Hour. anda bagaimana?

Feb 19, 2012

kupang hijau itu...

assalamualaikum cemua...
hari tu masa kat rumah, ary selasa lepas, abah ada beli kupang. dan kupang adalah organsm yang aku guna untuk final year project aku. bila fikir balik, dah la aku buat pasal bacteria, pastu pi makan plak kupang tu. tapi abah aku memang beria la beli. dekat 3 kilo dia beli. siap kata tak cukup lagi tu bila dah balik rumah. aku rasa kalau pakcik yang jual kupang tu dekat je dengan rumah, mau dia pi keluaq beli balik..

mula-mula aku cerita kat abah ngn mak pasal bacteria dalam kupang ni, abah teragak-agak jugak nak makan tapi pastu dia puaskan hati sendiri,
    "takpe...kita masak lama ceket. bia mati semua bacteria tu"
em,logik jugak..macam aku autoclave bacteria selama 15min kat 121 degree celcius..mati gak bacteria tu..huhu

masuk tang makan, mak aku memang beria gile. sampai abah aku pon pelik sebab mak aku tak pernah makan beria camtu..huhu..but memang sedap la kupang..besar gile kot..aku cam terkejot..sampai adik aku yang kecik takot nak makan sebab besar sangat..hehe..compare dengan kupang yang aku amek masa sampling dulu, memang jauh beze la..aku cakap kat abah aku pasal saiz, jawabnye,
      "kat tganu tu punye tak kelas cam kat johor"  LOL!







thank you Ya Allah

Assalamualaikum semua…=)  (mood happy)
Fuh…akhirnya result keluar sudah. Alhamdulillah segala usaha yang dikerahkan selama ini membuahkan hasil. Suke sangat-sangat and happy sangat-sangat. Even aku tau tak sebanyak orang lain, tapi aku rasa berbaloi dengan segala apa yang aku buat selama ni. Syukur Ya Allah. Kerana memberi aku nikmat ini. Terima kasih mak abah yang tak putus-putus mengirimkan doa. Dan kepada kawan-kawan yang menghulurkan bantuan. Dan harusla tak lupa encik kekuatan yang meminjamkan kekuatan dan berkongsi ilmu sepanjang semester. Yang menjadi planner n time manager yang tersangat la suksess!! Saye beruntung ada awak taw!
Berakhir semester 5 dengan result yang memuaskan hati aku memberi banyak pengajaan pada aku. Yang pertama sekali, nak dapat result excellent plus semua kerja siap, tak semestinya kena stay up. Seyesly, sem yang sebelum ni kadang-kadang sampai tak tidur. Tapi kali ni aku tidur paling lambat pukul 2. itu pun sekali dua je sebab nak siapkan report. Then lain-lain hari memang aku stop awal study or siapkan kerja. Em, rupa-rupanya boleh kalau tak syap up ek. =)

Terima kasih sekali lagi Ya Allah..

Noto lereng bukit :: saranghae!!

Feb 13, 2012

entry pasal hidup di rumah sewa

assalamualaiku...yosh!...aku terpula nak masukkan cerita pasal hidup aku kat rumah sewa dulu..honestly, sem3 and 4 memang aku survive gile dok umah sewa. macam dah jadi seorang yang matang pulok. kene bayar electric bagai tapi still mak ngn abah aku yang bagi duit la..=)

banyak sangat pengalaman best. especially dengan ira, fina ngn sarah..inilah member yang keje klo tak study, ketawa..seronok kawan ngn dorang..dah la fina tu jenisnye takot kejot sarah kalau sarah suroh tolong kejot..pastu datang la bertangdang kat bilik aku...
      "rozaaa....boleh kejutkan sarah tak..aku takot la"
apebende takotla dengan sarah tu...haha..tapi kan pernah sekali tu, sarah tidur. aku dengan ira borak dengan fina kat depan pintu bilik sarah ngn fina. mungkin agak kuat kitorang sembang. pastu tiba-tiba sarah yang tengah tidur bersuara,
      "fina, tutup pintu tu..."
fina yang speechless terus tutp pintu meninggalkan aku dengan ira kat lua. pastu bila sarah dah bangun, rupa-rupanya dia sendiri pon tak sedar dengan apa yang dia buat..haha..sengal!
yang best duduk rumah sewe, dapat masak je apa-apa kalau teringin. compare dengan dok kat ostel, kene peramkan dulu rasa teringin tu sampai la balik kanpung.

aku rasa life masa kat rumah sewa la life tyme yang paling banyak dan lama aku stay up. seyesly, kadang-kadang sampai tak tidur. pukul 9 pagi baru tidur. pernah dengan ira, pukul 12 tengah hari baru tidur. em,kebanyakannye study. kadang-kadang stay up tengok cerita dengan ira. ko ingat lagi tak kite ta tidur sebab tengok cerita GHOST?hahaha...sanggup tuh. kalau la aku serajin tu masa stidu iktio dulu kan best..=)

best jugak time kitorang sambut hari raya aidil adha bersame2..syok ngt..msak same2, makan same2..dak kos aku yang xbalik pon join gak..memang terbaik la..masa ni kitorang tak balik sebab in the middle of exam week. so, sebagai pelajr harapan, memang kitorang tak balik la...poyos!

so, thanx to my ex housemate..ira,mira,fina,sarah,wani dan nad..tolong kemas-kemas uma,aku memang tak rajen la kan..sebab busy..(alasan!)...dan masakkan untuk kitorang even yang tinggal kadang-kadang cket jek..haha..sorry 4 everything..

sebenarnye banyak lagi cerita kat rumah sewa tu tapi biarlah menjadi rahsia aku dan ira..wakakakka

juadah hari raya

tetamu hari raya

housemate y tgl masa hari raya

kosmate y dtg masa hari raya


mira n fina

ira





inile rumahnye puunnn

yosh!tataaaa

Feb 11, 2012

kawan itu dari UMT

Wahhh..dah hampir 3 tahun rupanya aku menghabiskan sisa hidup aku kat sini..kat UMT Cita Warisan..huhu..many thing I had learned during my time here. Mempelajari betapa payahnya hidup kat U. makcik aku pernah cakap, hidup kat U lagi senang dengan hidup kat Matrik..sape kate?aku kate tak!objective yang Arif. ehhh.. Objection! Mane ade belajar yang tak susah der..kalau kat matrik, payahnya sebab waktu kuliah pack gile..tutor lagi..dah la tutor math ngn chem cam taknak banyak lagi an..sape yang tak pernah tiru memang excellent la wa cakap lu..ok,sebab tu aku tak bape excellent..=,=''  kalau kat U payahnye sebab gile banyak lab report…perghhh..menimbun dia toksah cakap la kan..tak cukup dengan tu siap kene study journal lagi. Gile tak gile la kan. But life just like that (Prakash,2011). Tak dela nama student kalau tak busy. Tak caye?try la amek kos biomarine. Kompem korang rasa macam amek kos medik. Busy nye same jek. Medik belajar pasal kesihatan, biomarine pon belajar pasal kesihatan. Tapi kesihatan hodupan laut la. Medik belajar camne nak selamatkan manusia, biomarine belajar camne nak conserve hidupan. Mana lagi mulia? Both mulia. So, sape2 yang berlagak dapat kos medik tu takyah la nak berangan lebih2 kau hebat sangat, kitorang pon hebat ok. Oppsss..sape2 bakal doktor yang bace ni, kalau nak terasa, sila terasa kalau korang perasan hebat. Yang tak perasan hebat, takyah emo ok!

Iyep..banyak sangat berlaku kat UMT yang mematangkan aku. Thanx to Julia yang jadi first member aku masa mula-mula kena beratur kat depan blok b2 kira-kira 2 setengah tahun lepas. Iyep, kau tegur aku sebab aku nampak sorang-sorang. Haha.. What the? Whatever. Thanx sebab jadi kawan yang baik untuk aku. Yang ada pada masa senang dan susah aku. Aku tak tahu la aku ade ke tak dalam masa susah kau. Aku jadi amnesia sebab faktor luar..huhu

Masa first sem, ramai kata aku garang. Muka masam. Tak suka senyum. Lagi-lagi kelas botani pukul 8 hari ahad. Aku ingat lagi siapa yang cakap. Ikin la orangnya..haha.. Em, aku memang camni dari dulu. Aku bukan macam kau yang bangun-bangun pagi terus ceria, gilang gemilang mukanya. LOL! I need a time to gain my mood. Harus diingat, semua orang tak sama. Berubah? Skang aku dah berubah kot sebab ada seseorang yang tolong tangkap mood aku pagi-pagi =). But at least aku tak pernah nak memaki hamun korang sesuka hati an time aku takde mood dlu?hee

Semakin lama semakin ramai kawan. Adat la tu. Kawan mari,kawan pergi. Dulu, kami berenam, kemana-mena ppon bersama. Dulu. Sebelum ada motor. Dah ada motor, masing-masing dengan jalan masing-masing. Termasuk aku. Iye, mungkin aku lupe korang. Gomennei. Thanx to Shille, Julia, Wanie, Yana, Diba. You guys did really a good job as my fren. And aku minta maaf juga atas salah aku dengan korang. Jangan tipu takde salah!mesti ada punya! Especially Julia. And Yana, sorry kalau ada banyak terasa masa satu kumpulan kat redang dulu. Gommen. Tapi kan, masa rapat gile dengan korang dulu, memang aku rasa best gile! Lagi-lagi masa kita amek gambar kat Langkawi,kt Helang tu. Aku rasa nostalgic gile masa tu. Dan aku sangat harap momen tu akan berulang untuk kita berenam. Lagi ramai pon best..=)

Sebut pasal Redang, memang cun gile experience kat sana. Yang buat aku ketawa terbahak-bahak pon ada. Aku ingat lagi aku ditipu oleh En Sainol..cissss!!!!!...anyway, thanx to group member, Yana, Juliana, Ikin, Miraie, Azri, Naz, Lai..em, ade lagi ke ek?oohhhh…lupe..safuan..lupe plak ko..haha..thanx guys. Aku akan ingat korang dan segala2nya yang kita pernah buat bersama sampai bila-bila. Lagi-lagi orang yang selalu mabuk laut..em, mungkin ada 2 orang yang akan terasa di sini…peace!haha

Habis itu Ledang punya celita. Asam garam hidup tak pernah lari dari bermacam-macam kesilapan. So, dengan rendah dirinya, aku nak minta maaf kat sape2 yang aku dah buat dia sakit hati. Aku dah penat bergaduh. Turn to the new book. Kita ni bukan makin muda. Ada dalam 5 bulan je lagi untuk tengok muka masing-masing. So aku taknak la segalanya terpisah dengan kebencian. Yang satu batch, senior, junior, super junior. Gomennasai. Nak aku sebut nama ke? Kalau ada request nanti aku update. Sekarang mungkin tak perlu.

Then, thanx to two person yang jadi member bergelak ketawa aku sekarang. Shille and Miraie. Gile best la kawan dengan korang. Tak pernah berkira. Sape-sape kat luar tu, kalau nak tahu, diorang ni la yang tak pernah tanya banyak kalau aku nak pinjam duit time tengah sesak. Diorang ada duit ke takda ke, tetap akan bagi walau sikit. Sure aku nanges time pisah ngn korang nanti. Huhu

(bunga sakura tiba-tiba beterbangan)

And last but not least. Thanx untuk banker saya, accountant saya, advisor saya, compliment saya, spirit saya…dan segala-galanya untuk saya..thanx!thanx!thanx! Takyah la cakap banyak-banyak kat sini..malu plak..haha..waklu!

Yosh!!thanx bace karangan SPM ni. Aku sayang korang! 








FYP time!!

Huh…masuk sem 6. agak tough disitu. Bermukim kat UMT selama 2 minggu untuk memenuhi tuntutan FYP sangat la bosan. Siang hari boleh la buat kerja kat lab. Malam hari tengok 1Piece je keje aku. Em, sampling kat Semerak Kelantan dengan pakcik-pakcik kat situ yang memang terbaik. Siap cakap lain kali kalau datang bawak megi, pastu masak megi sama-sama, letak tiram. First time aku rasa tiram. Terbaik. Tapi kan, isi dia kecik gile. Cengkerang taknak besar pulok. Pastu kat situ ada Ikan Kerapu besar gile. Gile pon tak besar macam tu. Ada la dalam 1 meter. Tapi dari maklumat terbaru yang aku dapat, Tanjung Demong, bakal tempat LI aku nanti ada sampai cecah 2m. Gile kentang! Back to the story, susah nak dapat kupang kat situ.
Aku bawak balik banyak kupang pon yang ada isi, cukup-cukup. Yang lain semua ada air je. Berani kupang tu tipu aku. Abes kotor Laminar Flow tu aku buat. Agagagaga. Hidup dengan bacteria je 2 minggu ni. Selalu sangat stay back kat lab untuk siapkan kerja.
Tapi takpe. Akan ada kebaikan yang menyusul. Aku percaya itu. =)