May 1, 2012

aku tidak sempurna

setiap orang ada hati..
sekeras mana pun seseorang tu, last2 boleh jadi tisu jugak hati dia..
aku tak menjanjikan untuk mejaga hati semua pihak..
pasti ada yang tidak berpuas hati dengan aku..
tapi aku cuba lakukan yang terbaik untuk memuaskan hati semua pihak..
cuma kadang kala aku penat bila cubaan memuaskan hati orang dibalas dengan nilai yang tidak setimpal dan tidak sepatutnya..
seringkali aku terfikir patutkah aku meneruskan usaha ini?
seringkali air mata hampir menitis tatkala mengenangkan betapa kecilnya diri ini di mata mereka..
bersyukur kerana aku ada Yang Maha Kuasa yang sentiasa ada mendengar setiap keluhanku..
tak mengapa..mungkin aku sudah tidak kisah lagi tentang keberadaanku di hati mereka semua..
yang pasti mereka sentiasa di hatiku..
selalu aku memikirkan mereka di saat mereka kadang kala lupa akanku, mungkin..
cuma maafkan segala khilafku pada hari semalam..
sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu jugak datang daripada Allah yang telah disandarkan ke atasku..
semoga kalian mengekalkan kebahagiaan di saat kita hampir berpisah ini dan terus bahagia apabila kita terpisah jasad..
maaf jika aku langsung tidak cukup baik untuk mejadi sahabat kalian..

No comments:

Post a Comment