Oct 31, 2010

saya rindu mereka ! !

saya baru tengok picture raya yang saya baru ambil dari maklong tadi..

saya rindu mereka..

saya rindu kamu semua..

cousin2 saya..

abang syam..kak nor..kak yin..abang fendi..ijat(adik saya)..mija..ila..rina..aiman..cika(adik saya)..

kami selalu membingitkan rumah atok..

very miss that moments ! !

jarang dapat kumpul ramai-ramai..

kalau raya pun kadang-kadang ada yang tak balik..

tapi raya tahun ni best!

sebab ade BBQ..

roza..kenapa cerita pasal raya ni?kan dah lepas??

saja!sebab saya rindu mereka ! ! !


Oct 29, 2010

..Festival Novel..

hai semua....huhu
tadi saya dengan housemate saya, ira+mira+fina pergi Festival Novel..
memanag seronok...sebab sangat banyak novel..
mata jadi rambang..huhu..
sinopsis pun dah tak larat nak baca..
tapi banyak keluaran Alaf 21 jek..
Jemari Seni takde pun..so takde la Hlovate..
Buku Prima pun sikit..
nasib baik novel Cinta 3 Suku ada..
last one tu!nasib baik ira nampak then saya terus sambar then pegang je sambel tengok novel lain..takut orang lain ambil..huhu
kami datang dalam pukul 6 petang..so tak ramai sangat..


novel denagn banyaknya dari karya bermacam2 penulis...





ini kami ol-ol jek..so jangan terpengaruh dengan iklan ni ye..huhu..with fina and mira..




wwooohhhhhhhhhh....ni semua karya Ramlee Awang Mursyid dari yang awal2 dulu lagi...
awesome!!!! Cinta Sufi pun ada..huhu(wink2*)









ok..inilah 2 novel yang saya beli...both pink..haha..comel2...



after habis tengok buku kami solat Maghrib kat surau Giant..
nak dijadikan cerita, masa nak gerak keluar pergi makan, hujan pulak..
berlari la balik masuk Giant..
then nak letak la barang (helmet + novels) kat kaunter letak barang tu..
tapi, sikit punya tak cukup ajar akak2 kat kaunter tu..
dia suruh kami letak sendiri helmet semua..
then apa diorang buat?
ddudk sembang?what the what?
dah la tak reti nak cakap elok2...
manyakitkan hati betol..kalau orang dah cakap elok-elok tu, balas dengan elok tak boleh ke?
huh!!
masa nak ambil balik barang, tak cakap pun apa2 dengan minah-minah tu..
biaq pi la depa nak kata pa...

then berjaya juga kami sampai kat food court Mydin untuk makan..
mula-mula cakap kat rumah nak makan char kuaw teaw...then semua nak makan hot plate pulak..
no hal..layankan aja..huhu
tengah syok makan, ada pula asap yang sangat tak best di ruang udara...
ish!kacau mood betol la..
kalau sekali boleh la sabar..ini dah banayk kali fogging kat ruang udara kami mana tahan beb!
dengan seronoknya saya sound insan ni..
'jangan merokok boleh tak..kitorang nak makan la'
ok..diorang semua terdiam..then terus blah...wakakaka..padan muka!
dah la duduk saja..kalau makan boleh consider..ni duduk situ sebab nak fogging???
ape daaaa.....salah tempat plus salah orang la..


...with ira...










satu lagi cerita..masa nak keluarkan motor dari parking..
punya la takde toleransi punya orang..
satu kereta kancil, ada orang kat dalam..block jalan kami nak keluarkan motor..
dah la tengah main mesej kat dalam kereta tu..boleh pula buat tak tahu...
hon banyak kali pun tak makan saman..ish!menyakitkan hati!
consider la sikit wei..bukan jalan tu milik persendirian...

ada satu lagi cerita..masa nak berhenti kat traffic light..
saya break motor..then sebab sandal saya jenis gurl2 punya, so bila saya seret, bunyi la macam saya break emergency..
agak kuat sebab motor depan pun boleh dengar..huhu
then pakcik yang dalam kereta boleh pula tanya...
'break emergency ke?'
aish pakcik ni..saya pun jawab dengan santunnya sebab pakcik ni nampak macam gud2 je..huhu
'tak..bunyi kasut..bukan bunyi tayar'
diakhiri dengan senyuman..huhu..
terima kasih la sebab ambil berat pakcik..huhu

saya ini..
mak dan abah saya ajar saya supaya menghormati siapa-siapa saja..tak kira bangsa,umur,jantina atau siapa saja..tetap hormat even apa yang mereka buat pada kita...tapi sory mak, abah..mungkin saya tak boleh jadi sesabar mak dan abah...saya akan hormat kepada orang yang hormat saya dan orang sekeliling saya (mak,abah,adik2,kawan2)..bukan hormat menghormati tu penting ke?..kalau orang yang tak berapa nak cukup ajar ni, memang saya tak boleh sabar..besfren saya mungkin kenal siapa saya yang selalu sound2 orang untuk backup besfren saya tu...sekian...tentang saya...

ok..itu saja..jalan-jalan hari ini sekejap je..
tapi macam2 cerita ada..
ill keep it as a ledger of my lyf....=)



Oct 28, 2010

Ombak Dalam Laut...SubhanaAllah...



ok..saya baru tahu keajaiban Allah yang menakjubkan ni..
info ini saya dapat dari webpage Harun Yahya..
bagus webpage ni..banyak yang saya belajar..
credit should give to Azri sebab kenalkan saya dengan webpage ni..
selama ini kenal nama saja..bukan nak ambil tahu pun..
ok..just take a a few minutes read this 'copy paste' article..huhu


Allah berfirman di dalam Al Qur'an

أَوْ كَظُلُمَاتٍ فِي بَحْرٍ لُجِّيٍّ يَغْشَاهُ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ سَحَابٌ ۚ ظُلُمَاتٌ بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ إِذَا أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ يَكَدْ يَرَاهَا ۗ وَمَنْ لَمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُورًا فَمَا لَهُ مِنْ نُورٍ


"Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya pula awan; gelap gelita yang tindih menindih, apabila dia mengeluarkan tangannya tiadalah dia dapat melihatnya, dan barangsiapa yang tiada diberi cahaya oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. Surah An-Nur: 40)

Hari ini, kita dapat mengetahui struktur umum mengenai lautan. Sifat-sifat makhluk hidupan di dalamnya, salinisasinya melalui pengetahun tentang kadar kandungan air, kawasan dan kedalamannya. Kapal selam dan peralatan khusus yang dibangunkan dengan teknologi moden, membantu saintis untuk merakamkam maklumat seperti ini.

Manusia tidak mampu menyelam lebih dari 40 meter ke bawah tanpa sebarang bantuan atau peralatan khusus. Mereka tidak dapat bertahan tanpa peralatan di dasar, bahagian yang gelap di lautan, seperti pada kedalaman 200 meter. Atas sebab ini, para saintis hanya akhir-akhir ini mampu menyingkap maklumat terperinci mengenai lautan ini. Bagaimanapun kenyataan 'gelap gelita di lautan yang dalam' telah pun di selitkan di dalam surah An-Nur 1400 tahun dahulu. Ianya sudah pasti satu dari keajaiban Al-Qur'an di mana maklumat seperti ini dikhabarkan ketika di mana tidak ada sebuah peralatan pun yang dapat membantu manusia untuk menyelam ke dasar lautan.

Sebagai tambahan, fakta di dalam ayat 40 surah Nur: gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya pula awan; menarik perhatian kita kepada satu lagi keajaiban Al-Qur'an.

Para saintis baru-baru ini telah menemui bahawa di sana terdapat gelombang ombak di dalam lautan, yang mana terjadi pada kepekatan sempadan dua permukaan di atas lapisan-lapisan yang mempunyai kepekatan berbeza. Gelombang internal ini melitupi air laut yang dalam kerana bahagian yang jauh ke dalam mempunyai kepekatan yang lebih tinggi dari air yang berada di atasnya. Gelombang internal bertindak seperti ombak di permukaan lautan. Ianya boleh berpecah sama seperti ombak di permukaan. Ombak internal ini tidak dapat dilihat dengan mata manusia, tetapi ia dapat dikesan dengan mengkaji perubahan suhu atau salinisasi pada suatu kedudukan yang diberi.

Kenyataan yang terdapat di dalam Al-Qur'an berbunyi secara mutlak selari kepada penjelasan di atas. Tanpa perlu kepada pengkajian, seorang dapat melihat dengan jelas ombak pada permukaan laut. Tatapi suatu yang amat mustahil bagi seseorang untuk melihat ombak di dalam laut (internal). Sebenarnya, dalam surah Nur, Tuhan menarik perhatian manusia kepada satu lagi jenis ombak yang berlaku di dalam lautan. Suatu yang pasti, fakta ini yang baru ditemui oleh saintis baru-baru ini, menunjukkan sekali lagi bahawa Al-Qur'an adalah kalam Tuhan.



Oct 25, 2010

bermuda triangle

ini sebenarnya text speech tadi..mengharapkan semuanya berjalan lancar tapi air-cond kat depan sangat berkuasa tinggi..huhu..sory miss shahida..saya sejuk sangat sampai apa yang saya hafal pun terlupa..huhu

saja nak kongsi apa yang saya dapat..berkongsi slaah satu bukti kekuasaan Allah..

betul la cikgu cakap dulu..bila kita semakin banyak belajar tentang sains, kita makin mengakui bahawa ciptaan Allah sangat hebat..

apalah sangat pyramid yang satu tiang kalau nak dibandingkan dengan langit yang tak bertiang..

apalah sangat stonehenge kalau nak dibandingkan dengan pelbagai jenis batu yang telah dicipta..

apalah sangat tembok besar china yang nampak dari bulan kalau nak dibandingkan dengan masjid-masjidyang nampak bercahaya dari bulan..

kata kunci di sini...Allah sangat berkuasa memerintah alam dunia ini...

semoga cintaku kepada Allah tidak pernah luput...Amiin~~



Introduction

I want to tell u all one story. Imagine that I am a navy. I had been almost completely around this planet and seen all kinds of things while out to sea. But I was little nervous after my captain announced we were entering one of the scary place in the world. On that day, I was pulling duty on bridge at the helm. It was around 2 am when my compass stop working. I alerted the officer of the deck who then told me to steer using true north. About 10 minutes the port lookout reported a light off in the distance. The officer of the deck looked at the radar screen but nothing showed. The light did not seem to be moving and was bright white in colour. If it were merchant ship, it would have more than one light and there were no other America warship in this area. Our guts strongly told us that was not a ship. The officer of the deck sent the message to wake the captain and requested he came to the bridge. When the captain came to the bridge he was informed the light, the non working compass and the blank radar screen. The captain looked at the light through the binocular. The officer asked if we should turn toward the light and investigate. But the captain refused and ordered us to stay on course but keep the eyes on the light. About an hour later the compass begin to work and the light disappear. Thank god we were safe in this journey. The journey to escape from the Bermuda Triangle. So today I want to inform and share some information with u all about Bermuda Triangle.

Body

1) Background and area of Bermuda Triangle

1. The word ‘triangle’ got its name from roughly shape of a triangle that said to have sucked aircraft and boats into its dark water.

2. Bermuda Triangle also called Devil’s Triangle. It is called so because of people’s superstitious beliefs. They believe that devil was at play on this ocean gobbling up anything that travels on it.

3. The boundaries of triangles cover the Straits of Florida, Bahamas and the entire Carribean coast of Miami, San Juan, Puerto Rico and mid-Atlantic Island of Bermuda.

4. The mysteries of Bermuda Triangle was first recognized by Christopher Columbus. During his journey in 1492, he reported the weird compass readings in the Bermuda Triangle. Columbus and his crew also seen a mysterious light in the sky.

2) Supernatural explanation about the mysteries of the Bermuda Triangle

1. One explanation blame on the mythical lost city of Atlantis. So how the mysterious disappearances connected to this supernatural story of Atlantis? The legend says that the city of Atlantis heavily depended on some special energy crystals which were extremely powerful. Those crystals radiated huge amount of energy that can cause the navigational instruments of ship and aircrafts not functional or even destroy them completely.

2. From other theory, lost of ship and flight are attribute the events of UFO. Assume the lost of Flight 19 aircrews as alien abductees.

3) Natural explanation about the mysteries of Bermuda Triangle

1. Gulf Stream

i) Gulf Stream is a river within an ocean, and like a river, it can carry floating objects.

ii) It has a surface velocity of up to about 2.5 metres per second.

iii) If small plane making a water landing or boat having engine trouble can carried away from its reported position by current

2. Hurricanes

i) Hurricanes are power storms, which form in tropical waters and have historically cost thousands of lives.

ii) The sinking of Francisco de Bodilla’s Spanish fleet in 1502 was first recorded of a destructive hurricane

iii) This storm cause a number of incident related to the Triangle

3. Methane hydrates

i) The presence of methane hydrates in the form of natural gas on the continental shelf.

ii) Bubbles of the methane can sink a ship by decreasing the density of water.

iii) Seawater no longer capable of providing adequate buoyancy for ships. So, a ship will tend to sink very rapidly and without warning

4) Famous Bermuda Triangle incidents

1. Flight 19 on Dec 5, 1945

i) Flight 19 was the designation of five TBM Avenger torpedo bombers

ii) A squadron of five U.S. Navy TBM Avenger torpedo on a training flight out of Fort Lauderdale, Florida.

iii) The flight consisted of expert Marine Corps aviators who reported the number of odd visuals effects and suddenly the signals disappear.

iv) TBM Avenger bombers were built to float for long periods, so they should been found the next day considering what were reported as calm seas and clear sky.

v) However, not only they not found, a navy search and rescue that went after them also lost

vi) This incident described to ‘causes or reasons unknown’

2. Star Tiger on Jan 31, 1948

i) Piloted by Captain B.W. McMillan, carried 29 passengers and crew on board, had left hours ealier from Santa Maria, Azores

ii) While approaching Bermuda, McMillan made expected contact with Kidley Field, the next stopover, requesting a radio bearing to calibrate his navigation systems and make sure he remained on course

iii) The last confirmation from McMillan is position of the aircraft and an hour late due to strong headwinds. After that, no further transmission received from the aircraft

iv) Rescue operations were launched but no trace of the aircraft was found.

Conclusion

So, as the conclusion, most of the mysteries in Bermuda Triangle are remain unsolved. Although many theories are proposed about the incidents at Bermuda Triangle, but it just a theories. Maybe have another reason why aircrafts and ships are disappeared in that Triangle. Only God knows the answer of this questions.

Bibliography

1) Aaron Rosenberg. (2002). Unsolved Mysteries: Bermuda Triangle. Rosen Publishing Group, Inc.

2) Rovingpatrol. (2010). My Experience In The Bermuda Triangle. Retrieved 15th October 2010 from http://rovingpatrol.wordpress.com/2010/03/05/my-experience-in-the-bermuda-triangle/

World-Mysteries.com. (2004). Mystic places : Bermuda triangle history and incidents. Retrieved on 15thOctober 2010 from http://www.world-mysteries.com/mpl_bermuda_triangle_history.htm







ni pix hurricane yang di ambil menggunakan satelit..



ni lah LOST CITY OF ATLANTIS..
masih dalam kajian apa yang sebenarnya terjadi ke atas LOST CITY OF ATLANTIS



and ini boundaries yang cover bermuda triangle


kehilangan aircraft AVENGER TORPEDO BOMBER yang masih lagi menjadi tanda tanya..


satu lagi pix mengenai LOST CITY OF ATLANTIS



this is a simple experiment about the sinking of ship because of methane hydrate..



actually video ni nak tunjuk after habis speech tapi masa mencemburui saya..haha
enjoy it!

tapi sebenarnya, banyak juga orang yang cakap sebenarnya tiada apa-apa pun kat bermuda triangle..mereka sudah banyak kali lalu kat situ,bot nothing happen..
latest incident yang berlaku masa 2009..tapi tiada kehilangan pun..itu berdasarkan research saya la..
tapi apa-apa pun...ia boleh jadi kebetulan dan boleh jadi ia sememangnya ada 'sesuatu' di bermuda triangle..
ada orang kata 'dajal'..tapi tak tahu la..
tak buat research pun pasal tu..huhu..insyaAllah research akan diteruskan..

semuanya jawapan ada di tangan Yang Maha Esa..
sesungguhnya Dialah yang mencipta seluruh alam semesta ini dan hanya Dialah yang tahu rahsia yang tersimpan didalamnya...
KUN FAYA KUN...

Oct 23, 2010

tension..bukan main-main...

ok..saya tahu saya sudah terlebih puji nokia c3 sampai nokia 5130 express music merajuk..
alaaa....tolonglah on..saya dah buntu nak buat ape ni..
tak tahu dah nak buat apa..
tension..
awak sangat penting ok 5130...
kalau awak nak rosak pun, kenapa tak tunggu saya balik rumah dulu nanti?
bolehlah digunakan sebagai bukti untuk abah saya..

susahnya tak ada awak...
saya nak awak..

bila saya cakap saya tension, saya bukan main-main..
saya tak suka nak bergurau kalau saya tengah tension..
sorry to say untuk siapa-siapa yang cuba bergurau dengan saya..
tapi saya memang saya tak ada mood nak layan..
bila saya mengadu kat awak, then awak buat ketawa-ketawa, saya memang cukup tak suka..
mungkin awak nak hiburkan hati saya..
tapi saya tak rasa terhibur pon..
dan saya tak rasa lega langsung..
sorry...
dan thanx kerana keprihainan awak..

dan awak...awak pergi mana?
saya perlukan awak masa ni..
saya serabut ni awak tahu tak..
saya tak marah awak k..
saya cakap je..

very need u..
very need ur support...

5130..tolonglah function back...
saya banyak kerja...
ramai orang akan contact saya..
awak jangan nak tambah pening saya boleh?

(nak nangis)
fine..saya memang kememe pon..

Oct 22, 2010

tiba-tiba ada cellphone impian


sebenarnya saya tak pernah ada cellphone impian..
selalunya kalau nak beli cellphone baru mesti pergi kedai, pilih masa tu juga..
then selalunya mesti orang lain yang akan mempengaruhi keputusan saya..
seallunya orang itu orang yang sponsor cellphone baru ni..huhu
seperti abah saya yang ensem..

tapi kali ni, tak tahu kenapa saya macam fall in love dengan cellphone ni..
yup..mungkin sebab pink..
tapi sebab lain, keypad nye macam blackberry..
sebab tu la saya suka..
tak dapat blackberry yang mahal tu, yang ni pun ok what..
saya nakkkk!!!!

NOKIA C3

Home Screen

Make it your own with personalised backgrounds, live Facebook and Twitter feeds, one-click connection to your top friends and dedicated widgets to manage all your phone's multimedia content.

Internet

Surf the web from anywhere over 2G or Wi-Fi. Browse, search, shop, share and connect with friends easily on-the-go.

Messaging

A full keypad for lightning-fast typing, a dedicated shortcut to check messages, SMS organised by conversations, access to up to 10 e-mail accounts, instant messaging... your entire social universe is just a few keystrokes away!

Design

The elegant design with premium metallic finish and large 2.4" display will make you the envy of all your friends.

Photos and Video

Record and share precious moments on photo and video with your best friends using the 2 megapixel camera and store it all on 55MB of internal memory or up to 8GB of expandable memory.

Music

Tune in to your preferred radio stations no matter where you are, or store up to 8GB of your favourite tunes for non-stop music all day long.





ok..ini adalah kelebihan cellphone ni..
memang la tak sehebat blackberry..
tapi tetap cool.....

sape nak bagi kat saya, bolehla tinggalkan komen ye..huhu
kidding!


(double click untuk tengok video full..sebab ada yang tak nampak )
ini adalah promo untuk cellphone ni...
wahhhh...semangatnya saya!!!!hahaha


nak phone ni..abah..nak ukar phone boleh?huhu

Oct 21, 2010

ayang ke abang yang salah??(ni cite ciplak..huhu)

memula skali ayang anto kat abang?


Dear abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?


Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu..cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?


Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah


Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..


Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance...ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..


Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.


Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak


Paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??


Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..


ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR


Love,

ayang


ni abang lak bagi....


Dear Ayang,

Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..


Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..


Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..

sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..


Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..


Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..


Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa...hahahhahahahahha

Oct 19, 2010

saya pernah...

saya pernah sayang awak..
saya pernah ketawa bersama awak..
saya pernah luangkan waktu bersama awak..
saya pernah berkongsi minat dengan awak..

sekadar 'pernah'

kerana itu dulu..

jangan sampai sekarang saya membenci awak..

itu sahaja!

sebab kalau saya dah benci memang susah untuk sorok rasa benci itu..

iye..mungkin kita sama-sama berdegil..

awak teroskan dengan degil awak..saya akan teruskan dengan degil saya..

saya belum menbebci awak alagi..saya nak kita seperti dulu..saya rasa bukan berat permintaan saya..tapi kalau awak rasa berat, terpulanglah...


Oct 16, 2010

long distances


Ini cinta kita
Yang menjadi suatu kisah
Yang terindah didalam hidupku

Kau yang selalu
berada dalam hatiku
Menjadi rindu yang tak berakhir

Kan selalu kujaga cinta ini
Hingga hujung hidupku
Danku selalu mencinta mu

Oooo meski kita jauh
Akan kupastikan cintamu
Selalu didalam hatiku......

Walau kita tiada Selalu bersama
dirimu Kan selalu menjadi cinta ku

Kau cintaku




...saya rindu awak arm...

mari meneroka lautan

kali ini, saya terpanggil untuk berkongsi mengenai dunia lautan..
sesungguhnya hidupan di lautan amatlah luas..
kita ni tak cukup lagi meneroka lautan Allah..
ni serba sedikit yang saya dah belajar..





ok..apa ini?macam bunga..cantik kan.?pink colored pula tu..
ini sebenarnya cacing..cacing yang cantik di dalam laut..haha
tak tipu ok..name omputeh..feather duster worm..bley google untuk sebarang maklumat lain..
hidupan ini di klasifikasikan sebagai cacing sebab ia segmented dan ada parapodia(macam kaki cacing)..
hidupan ini juga ada reproductive, circulatory system yang tersendiri..




ini pula sea anemone bersama rakan baiknya clownfish..
sea anemone ada racun..hanya clownfish sahaja yang boleh lawan dengan racun yang ada pada sea anemone..sebab itu, clownfish saja yang menginap kat sea anemone..


ini pix yang di ambil di Great Barrier Reef..kat sini ada coral yang paling banyak populasinya..
dan juga cantik2..


ok..tahu ini apa?omputeh panggil sea pens..cuba tengok..ada bentuk pen tak?
pen moden mungkin tidak..bentuk sea pens ni macam pen zaman dulu kala..
yang gune ink tu..yang tulis pakai bulu ayam tu..
haaaa...itulah....



cantik tak pemandangan?ini dalam laut sebab ada scuba divers..
taw apa istimewa gambar ini?
"river in the sea"
pernah dengar?lama dah penemuan sungai dalam laut ni..
dengar kata, orang yang jumpa sungai dalam laut ni, masuk Islam..Alhamdullillah..
ok..macam mana dia tahu ada sungai dalam laut?
sebab pokoknya kah?mestila bukan..
sebab semasa dia measure salinity air laut kat area ni, tiba-tiba salinity jadi sangat rendah which is rendahnya untuk air sungai..
semuanya kuasa Allah kan...
KUN FAYA KUN...



ini sea urchin...sejenis binatang..bukan bunga..ianya sangat tajam..ada bermacam-macam saiz..



cantik kan..hidupan cantik ini adalah daripada keluarga siput..
nama sains, nudibranch..namak tak sesungut kat atas tu?
macam siput kan...cuma yang membezakan nudibranch ni dengan siput biasa, ia tiada cengkerang..



sea cucumber atau pun gamat..sangat popular di malaysia sebagai minyak gamat yang dijuual di pulau langkawi...
mungkin ni gamat batik..beedasarkan corak..mungkin la...huhu




ini giant kelps..sejenis algae..
ianya nampak seperti hutan di dalam laut..
cantik kan..




the most disasater to the coral...
crown of thorn(cot)..
COT ini memakan coral sehingga coral mati..
reproduction sangat cepat sehingga membahayakan populasi coral yang semakin terancam..



ini pula fire worm...worm yang banyak kaki..
cantik tapi sebenarnya menggelikan...huhu




ini pula platyhelminthes..worm juga..
unsegmented worm...
di mana makanan masuk, di situ juga makanan keluar untuk worm ni..
mean, worm ni ada satu opening saja..




ini..lionfish...hujung fin sangat merbahaya kepada manusia..
merupakan haiwan yang malas yang menunggu sahaja mangsanya datang..
sejenis ikan yang tidak akan berhenti makan selagi makanan tak habis depan mata...



ini giant clam..macam kerang juga ..cume lagi cantik..
panjang boleh mencapai 2 meter..(kot..huhu)


sebarang kesalahan infomasi untuk entri ini maaf ye..
saya budak baru belajar..=)

petang yang nyaman



ollaha semue....kali ini entry tak di tulis pada waktu pagi buta..huhu
...................................(sambil layan lagu rossa).......................................

hari ni saya pergi pantai...
pantai masih cantik seperti dulu..
pantai masih menenangkan hati saya seperti dulu..
pantai masih mampu memberi kegembiraan bila saya memandang ombaknya..
pantai masih boleh membuat kanak-kanak ketawa ketika bermain bersama keluarga mereka..
indahnya ciptaan yang MAHA ESA..








tadi ramai budak kecik yang comel!geram sangat..nak culik rasa..haha

saya pergi pantai dengan ira...ira nak beli sate kura-kura..
malangya, masa kami pergi, dah habis...kesian ira yang ngidam nak makan sate kura-kura tu..haha

then, kami pergi hock kee seng..membeli lauk pauk yang dah habis..
berat bakul dengan kudapan ira..huhu
dah la masa nak bagi resit sebelum keluar, orang yang chech resit tu cakap saya orang kl..
sebab saya cakap word "ha'ah"..
tak masal jek..huhu
im johorian ok..and im proud to be johorian...yeahhh!!!(kiki)

balik-balik rumah....
dapat cadbury dari ira...
wahahaha...so sweeetttt...terharu saya...


tapi ira, aku nak yang besar tadi tu..haha
thanx...sayang kau sebab kau bg aku cokolat..
kalau kau tak bagi aku tak sayang..
wakakaka...kidding!


Oct 13, 2010

saya bahagia bila kamu bahagia

ok.memang sangat gila kalau tulis entry pagi-pagi buta macam ni..
ini semua sebab outline public speaking yang dibuat last minute oleh seorang insan bernama rozaliana..padan muka kamu..haha
tapi sudah siap ok..(perlu ke bangga?haha)
saya tak tahu nak tulis ape..
tiba-tiba terfikir tajuk ini..
macam best...huhu

sekarang saya dah sem 3..
hidup di u semakin buzy..
semuanya tak sama lagi macam sem 1 dan 2..
hidup semua orang pun da berubah..
yela, berubah ikot masa kan..biasa la tu..
kawan baik saya pun pernah cakap, which is syazwani salim..
'manusia memang akan berubah dari semesa ke semasa, nak taknak kita kena terima'
yes..saya memang terima perubahan tu..
tapi tak seluruh hati saya menerimanya..
sebab kadang kala perubahan seseorang itu tak senang untuk kita..
kerana ia melibatkan kita..melibatkan hidup kita..
mungkin kita tak perasan yang kita berubah..
mungkin saya juga sudah berubah tapi saya tak perasan..
minta maaf untuk itu..

perubahan kamu mungkin untuk kabahagiaan kamu..
saya bahagia untuk kebahagiaan kamu itu..
walaupun kadang kala otak menyuruh hati ini cemburu dengan kebahagiaan kamu..
tapi saya cepat-cepat menolak perasaan itu..
saya hanya manusia biasa yang tak selalunya tidak mampu menolak rasa itu..
saya tetap akan doakan kebahagiaan kamu semua..
sebab itu kebahagiaan yang kamu cari..

yang paling penting...

biarlah saya tidak sebahagia, segembira kamu..

tetapi..

saya bahagia bila kamu bahagia..

itu saja!

Oct 6, 2010

rokok naik harga pon jadi hal kah?

ok. sesungguhnye saya sangatlah geram dengan pendapat sesetengah orang yang suka menyalahkan orang lain..
dan orang yang disalahkan itu adalah orang yang bukan calang-calang..
kemana agaknya sikap menghormati seorang AMIR ?
saya ingat lagi, seorang cikgu saya di SAMURA selalu mengingatkan kami supaya taat kepada AMIR..
bahkan pada zaman RASULLULLAH juga, ketika hendak berperang, seorang sahabat mempunyai pendapat lain mengenai strategi yang disusun oleh ketika ingin berperang BAGINDA..
lalu sahabat bertanya "Ya Rasulullah,adakah ini yang diperintahkan oleh ALLAH kepadamu?"
lalu RASULULLAH menjawab "tidak..ini adalah perancanganku"
lalu sahabat itu mencadangkan strategi lain untuk peperangan yang bakal mereka hadapi dan strategi itu disambut baik oleh RASULULLAH..
ada 2 pengajaran d sini...
  1. pemimpin yang bersikap terbuka untuk menerima pendapat
  2. para sahabat yang bersikap baik terhadap AMIRnya untuk menegur AMIRnya
jadi, untuk apa kita memburukkan AMIR kita?
semua mesti tak faham kan tentang apa yang saya cuba nak sampaikan?

ok.sila tengok..hehe


(kalau tak clear, tekan ctrl dan +..harap maklum)











saya yang cam pink2 tu....

actually dia ada sebut nama seorang AMIR...
tapi sudah delete..memang tindakan orang penakut..
then boleh pula buat-buat tanya...
saya mengaku, memang saya ada terkasar bahasa dengan manusia-manusia ni..
tapi saya geram sangat..
nak kata baik dengan mereka, tidaklah sangat..
setakat kenal..mereka pun mungkin tak kenal saya..sekadar satu sekolah saja..
pada mulanya saya sekadar ingin berkongsi pendapat mengenai rokok dan tohmahan dia kepada AMIR..
tetapi tiba-tiba masuk pula hal ISLAM..
kalau masuk hal ISLAM, takkan saya nak diam saja?
terpaksalah saya sekolahkan mereka ini..hehe
but, sory...
juz give my opinion...cara kamu salah..
dan maaf jika cara saya salah....

tapi masalahnya, yang berkomen-komen bagai ni, budak pandai belaka..
study dekat university...
dulu MRSM..
tidak sedar ke selama ini kita duduk di Malaysia tanpa PEPERANGAN kerana AMIR?
hhmmm....apela nak jadi...
ISLAM itu mudah, tapi tolonglah jangan dipermudahkan..
tolonglah bersyukur kamu menetap di MALAYSIA dan lahir sebagai ISLAM..
MALAYSIA itu AMAN, ISLAM itu KETENANGAN..
sekalai lagi...BERSYUKURLAH WAHAI UMAT NABI MUHAMMAD...