bertemu lagi kita dalam rancangan sedetik bersama roza...
ape ni?ok lupakan jek..uhuhu
petang tadi baru sampai kuantan dari kedah..bertolak around 8 then sampai around 5..lama gila dalam kereta...who cares??janji banyak yang saya belajar dari perjalanan ni..
sangat bayak pengajaran
- cerita tok wa - tok wa ni saya punya tok sedara..anak first, sebab tu panggil 'wa'..dia dah tua..yang perempuan around 70 years old, yang lelaki around 80 years old..dah tua kan?..depa dua-dua orang takley jalan..yang perempuan belah kiri yang lelaki belah kanan..terbaring jea depa..pengajaran yang saya dapat dari sini ialah....kita tak tahu bila dan apa yang akan kita lalui pada masa depan...semuanya telah tersurat..so, kita sepatutnya tepuk dada, tanya iman..cukupkah iman kita...memngingatkan pembaca dan diri saya sendiri juga...
- cerita pakcik azizul - pakcik ni kawan kepada maklong dan paklong saya..dia kene macam stroke jugak la..dia cerita, pada satu hari ni, dia balik kerja, dia rasa lenguh gila..lenguh dari biasa..dah 3 orang urut dia tapi still tak lega jugak..dari sehari ke sehari, dia rasa kaki dia makin susah nak angkat..makin lama, tak bleh gerak dah..duduk kat hospital lama, tak ingat berapa lama..dengan isteri dia sekali bertapa kat hospital sebab banjir..tapi balik rumah je, dia buat urut kampung, lumur badan dengan bahan-bahan yang orang kampung cakap, Alhamdullillah ok..yang paling peting dia tak pernak tinggal sembahyang even susah nak ambil air sembahyang, sampai suruh wife dia tolong, tak pernah tinggal ibadat yang satu ni...betapa besarnya kuasa Allah dan keajaiban solat..nampak pakcik ni pun macam orang baik-baik..banyak jugak benda yang kami kongsi..dia kata, tenaga ni ada limitnya...contoh macam gajah (dipetik dari national geography), hayat sebenar gajah ialah 150++..tapi bila gajah disuruh angkat kayu balak, hayat depa takat 50 tahun je..see...sebab tulah jadi kes macam pakcik ni..dia selalu angkat getah 75kg..sangat berat ok...mungkin sebab tu dia jadi gini..one of the reason la..but Allah je yang tahu kenapa..
- bab solat - antara topic yang hangat kat dalam kereta masa nak balik tadi..menginsafkan diri ini sebagai hamba Allah yang sangat banyak melakukan kesalahan kepadaNya..semoge iman saya, abah, mak, abang adek dan seluruh kaum kerabat saya sentiasa di pelihara dan bertambah dari semasa ke semasa..juga kepada kawan2 dan semua pembaca..
- bab kedua terhangat ialah pasai harta - harta ni tak kemana..banyak mana pun harta kita, sayang macam mana pun kita kat harta kita, tetap kita kembali dengan kain putih jek..
- bab ketiga terhangat ialah hal adik beradik..saya sentiasa berdoa, supaya saya dengan adik-adik saya tak akan bertelagah sampai tak bertegur, tak senyum..saya sayang ikatan yang terbina antara kami..saya sayang mereka berdua..
- saya juga nampak Nissan Skyline tadi..haha
huh!agak banyak ok..itu jela kot...saya sebanarnya tengah kumpul persamaan abah, paklong dengan tok wan saya...
later kalau dah banyak, saya akan post..peace!hehe
ada sikit info yang saya sempat take note kat kereta tadi,..
untuk perempuan dalam pantang, masa hari ke 44, biarlah dia duduk diam-diam jek..sebab kalau ape2 terjadi kat dia, time2 tu jugak mati - tok yah cakap..huhu
after kita lahir, letak kat tikar (mungkin tilam jugak), kita hanya diberitahu DOB, POB sahaja tapi kita dah tahu jodoh, tarikh mati, tempat mati dan sebab mati juga rezeki....
No comments:
Post a Comment