Nov 7, 2010

pagi yang indah

pagi ini sangat indah..tak terik macam selalu..mendung je..
pagi-pagi buta lepas solat subuh, keluar hirup udara pagi sambel main hujan gerimis yang nak tak nak turun..

hhmmm...lamanya tak nikmati pagi sebab bila pagi mesti baru tidur..huhu

nampak girls pergi sekolah menengah..
sangat rindu waktu sekolah..bangun pagi-pagi buta..abah hantar..menghabiskan masa hampir seharian di sekolah..dikelilingi kawan-kawan yang sangat sporting!..suasana yang tidak mungkin akan dilupakan..i miss that moment so much!..can i go to that tym again?ok.i know i cant...

pandang langit yang gelap..ingat kat PLKN..selalu buat PT pagi waktu cuaca masih gelap..masa tu asyik merungut je..sebab pagi-pagi mesti mengantuk..tapi pagi tadi masa berdiri pandang langit, rindu sangat tym tu..rindu nak jog kat tepi pantai macam selalu buat dulu..seronok bila diingat balik..

but i know..msa bukan ke belakang..masa ke depan..

hadapi masa depan..bukan hadapi masa belakang..

tapi akan saya simpan memori masa lalu sebagai kenangan paling best!

damn miss my frenz a lot ! ! !

and i love u guys ! ! !



Nov 6, 2010

10 'terlalu' yang bahaya

1. Terlalu Manja
  • Sifat manja wanita sering dikaitkan sebagai suatu daya tarikan tersendiri. Banyak lelaki yang menyukai kemanjaan kekasihnya, kerana ia dapat membangkitkan sifat melindunginya.
  • Namun jangan kemanjaan tersebut berlebihan. Wanita yang terlalu manja seumpama anak kecil yang mengada-ngada. Paling teruk karenah wanita yang terlalu manja kelihatan buruk di depan umum. Pasti akan memalukan teman lelakinya.
2. Terlalu Tertutup
  • Demikian pula dengan sikap terlalu tertutup, hal ini akan menghambat komunikasi.
  • Padahal komunikasi sangat penting bagi menjaga keharmonisan setiap hubungan. Baik lelaki mahupun wanita ingin mengetahui pengalaman, perasaan dan keinginan pasangannya.
3. Terlalu Terbuka
  • Orang yang bersikap umumnya menyenangkan dan mesra. Namun sikap yang terlalu terbuka juga kadangkala menjadi tidak menyenangkan.
  • Orang yang terlalu terbuka biasanya mengungkap isi hatinya tanpa melihat situasi dan keadaan, sulit menyimpan rahsia, dan yang lebih buruk adalah kebiasaan bicara dulu , berfikir kemudian serta melampau had sempadan.
4. Terlalu Cerewet
  • Ada sebahagian wanita yang kurang menyedari, betapa buruknya wanita yang terlalu cerewet. Jika seorang ibu cerewet kepada anaknya yang masih kecil mungkin masih dapat dimaafkan.
  • Namun cerewet kepada kekasih amat menyesakkan, meskipun dengan alasan "Kerana aku sayang padamu".
5. Terlalu Sensitif
  • Wanita yang terlalu perasa atau sensitif akan membuat kekasihnya merasa tidak bebas untuk mengungkapkan perasaanya, kerana takut melukai hatinya.
  • Padahal dalam hubungan cinta yang sihat kedua belah pihak seharusnya saling mengungkapkan perasaannya dengan bebas.
  • Kadangkala gurauan juga dapat mengguris perasaan wanita yang terlalu sensitif sehingga pasangannya tiada mood untuk berlawak jenaka bagi menceriakan suasana.
6. Terlalu Mengongkong
  • Lelaki memerlukan kebebasan atau ruang untuk melakukan aktiviti yang disukainya, untuk menekuni apa yang dipelajarinya, untuk bergaul dengan teman-temannya dan untuk menjadi dirinya sendiri.
  • Jika wanita terlalu mengongkong, mungkin untuk sementara pasangannya dapat bertahan atau memahaminya, namun tidak untuk jangka panjang. Dia akhirnya akan bosan dan berontak sehingga boleh menjejaskan hubungan.
7. Terlalu Memperlekeh
  • Lelaki tidak menyukai wanita yang tidak menghargainya, apalagi memperlekehkannya. Wanita perlu bersikap lebih bijak untuk tidak membuat lelaki merasa direndahkan baik oleh sikap mahupun ucapan yang dihamburkan.
  • Bila kamu hendak memperbaiki kekasih kamu yang terlalu banyak kelemahannya, kamu perlulah mendorongnya untuk berubah sedikit demi sedikit dgn cara yang sewajarnya iaitu tidak memperlekehkannya.
8. Terlalu Memiliki
  • Tidak ada seorang pun yang betul-betul ingin dimiliki oleh orang lain. Tentu saja dia kekasih kamu, namun bukan milik peribadi kamu.
  • Jadi biarkan dia juga dimiliki oleh dirinya sendiri, oleh teman-temannya, oleh keluarganya dan oleh orang lain.
9. Terlalu Menyanjung
  • Kebiasaan memuji dan saling menghargai memang perlu. Selain untuk merapatkan hubungan, ia juga penting untuk meningkatkan rasa percaya diri kekasih kamu.
  • Tetapi kalau kamu terlalu sering menyogoknya dengan pujian dan sanjungan, kamu tidak saja merosak erti sebenar pujian , tetapi juga membuat si dia merasa bosan. Dia juga menganggap kamu tidak ikhlas.
10. Terlalu Menuntut
  • Meskipun lelaki perlu dipacu semangatnya, namun terlalu menuntut bukanlah cara yang baik. Lelaki juga ada had kesabarannya dalam melayan karenah pasangannya yang terlalu menuntut itu dan ini. Lama-kelamaan dia akan jadi bosan dan tidak lagi mahu menurut kehendak pasangannya.


Nov 5, 2010

itulah sayang



Tanya sama hati apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpi mu
Masa berjauhan apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Tanya sama hati apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpi mu
Masa berjauhan apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Tanya sama hati apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpi mu
Masa berjauhan apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Itulah sayang


nice la lagu ni..original punya best, yang diorang nyanyi ni pun best.. 2 benda yang kita kene tanya pada hati which is apa asal sayang dan juga pernahkah merindu..tak tahu kenapa post lagu ni kat entry...ade sebab yang tak pasti..wakakaka..kidding!


Nov 4, 2010

....hujan bagaikan mutiara....

malam ini hujan....hujan yang kadang-kadang lebat dan kadang-kadang tak lebat..
(betul ke ayat ni?huhu)
sebenarnya nak cakap saya baru lepas main hujan..
seronok sangat...
kalau cakap kat fb kena marah, kalau cakap kat sini mungkin tak kena marah..haha
best ade kat halaman rumah dengan hujan mencurah-curah...
rasa tenang dalam kesejukan...
rasa release dengan segala tension yang ada..
ok.saya dah jumpa cara yang terbaik untuk release tension..huhu
semalam dah main hujan, hari ini pun main hujan..insyaallah esok saya main lagi..haha
release tension...
terima kasih Maha Pencipta kerana memberi hujan!

btw..happy birthday to khairul izham mustafa sempena keputeraan yang ke-22
semoge kamu happy selalu..
keepsmiling.it enough4me.cozihappywhenushowyourhappinnes.

nape hati rasa tak tenang?nak main hujan lagi la!

hmmm..ape maksud 'dear'?
sayang kan?
ok...