Oct 16, 2010

petang yang nyaman



ollaha semue....kali ini entry tak di tulis pada waktu pagi buta..huhu
...................................(sambil layan lagu rossa).......................................

hari ni saya pergi pantai...
pantai masih cantik seperti dulu..
pantai masih menenangkan hati saya seperti dulu..
pantai masih mampu memberi kegembiraan bila saya memandang ombaknya..
pantai masih boleh membuat kanak-kanak ketawa ketika bermain bersama keluarga mereka..
indahnya ciptaan yang MAHA ESA..








tadi ramai budak kecik yang comel!geram sangat..nak culik rasa..haha

saya pergi pantai dengan ira...ira nak beli sate kura-kura..
malangya, masa kami pergi, dah habis...kesian ira yang ngidam nak makan sate kura-kura tu..haha

then, kami pergi hock kee seng..membeli lauk pauk yang dah habis..
berat bakul dengan kudapan ira..huhu
dah la masa nak bagi resit sebelum keluar, orang yang chech resit tu cakap saya orang kl..
sebab saya cakap word "ha'ah"..
tak masal jek..huhu
im johorian ok..and im proud to be johorian...yeahhh!!!(kiki)

balik-balik rumah....
dapat cadbury dari ira...
wahahaha...so sweeetttt...terharu saya...


tapi ira, aku nak yang besar tadi tu..haha
thanx...sayang kau sebab kau bg aku cokolat..
kalau kau tak bagi aku tak sayang..
wakakaka...kidding!


Oct 13, 2010

saya bahagia bila kamu bahagia

ok.memang sangat gila kalau tulis entry pagi-pagi buta macam ni..
ini semua sebab outline public speaking yang dibuat last minute oleh seorang insan bernama rozaliana..padan muka kamu..haha
tapi sudah siap ok..(perlu ke bangga?haha)
saya tak tahu nak tulis ape..
tiba-tiba terfikir tajuk ini..
macam best...huhu

sekarang saya dah sem 3..
hidup di u semakin buzy..
semuanya tak sama lagi macam sem 1 dan 2..
hidup semua orang pun da berubah..
yela, berubah ikot masa kan..biasa la tu..
kawan baik saya pun pernah cakap, which is syazwani salim..
'manusia memang akan berubah dari semesa ke semasa, nak taknak kita kena terima'
yes..saya memang terima perubahan tu..
tapi tak seluruh hati saya menerimanya..
sebab kadang kala perubahan seseorang itu tak senang untuk kita..
kerana ia melibatkan kita..melibatkan hidup kita..
mungkin kita tak perasan yang kita berubah..
mungkin saya juga sudah berubah tapi saya tak perasan..
minta maaf untuk itu..

perubahan kamu mungkin untuk kabahagiaan kamu..
saya bahagia untuk kebahagiaan kamu itu..
walaupun kadang kala otak menyuruh hati ini cemburu dengan kebahagiaan kamu..
tapi saya cepat-cepat menolak perasaan itu..
saya hanya manusia biasa yang tak selalunya tidak mampu menolak rasa itu..
saya tetap akan doakan kebahagiaan kamu semua..
sebab itu kebahagiaan yang kamu cari..

yang paling penting...

biarlah saya tidak sebahagia, segembira kamu..

tetapi..

saya bahagia bila kamu bahagia..

itu saja!

Oct 6, 2010

rokok naik harga pon jadi hal kah?

ok. sesungguhnye saya sangatlah geram dengan pendapat sesetengah orang yang suka menyalahkan orang lain..
dan orang yang disalahkan itu adalah orang yang bukan calang-calang..
kemana agaknya sikap menghormati seorang AMIR ?
saya ingat lagi, seorang cikgu saya di SAMURA selalu mengingatkan kami supaya taat kepada AMIR..
bahkan pada zaman RASULLULLAH juga, ketika hendak berperang, seorang sahabat mempunyai pendapat lain mengenai strategi yang disusun oleh ketika ingin berperang BAGINDA..
lalu sahabat bertanya "Ya Rasulullah,adakah ini yang diperintahkan oleh ALLAH kepadamu?"
lalu RASULULLAH menjawab "tidak..ini adalah perancanganku"
lalu sahabat itu mencadangkan strategi lain untuk peperangan yang bakal mereka hadapi dan strategi itu disambut baik oleh RASULULLAH..
ada 2 pengajaran d sini...
  1. pemimpin yang bersikap terbuka untuk menerima pendapat
  2. para sahabat yang bersikap baik terhadap AMIRnya untuk menegur AMIRnya
jadi, untuk apa kita memburukkan AMIR kita?
semua mesti tak faham kan tentang apa yang saya cuba nak sampaikan?

ok.sila tengok..hehe


(kalau tak clear, tekan ctrl dan +..harap maklum)











saya yang cam pink2 tu....

actually dia ada sebut nama seorang AMIR...
tapi sudah delete..memang tindakan orang penakut..
then boleh pula buat-buat tanya...
saya mengaku, memang saya ada terkasar bahasa dengan manusia-manusia ni..
tapi saya geram sangat..
nak kata baik dengan mereka, tidaklah sangat..
setakat kenal..mereka pun mungkin tak kenal saya..sekadar satu sekolah saja..
pada mulanya saya sekadar ingin berkongsi pendapat mengenai rokok dan tohmahan dia kepada AMIR..
tetapi tiba-tiba masuk pula hal ISLAM..
kalau masuk hal ISLAM, takkan saya nak diam saja?
terpaksalah saya sekolahkan mereka ini..hehe
but, sory...
juz give my opinion...cara kamu salah..
dan maaf jika cara saya salah....

tapi masalahnya, yang berkomen-komen bagai ni, budak pandai belaka..
study dekat university...
dulu MRSM..
tidak sedar ke selama ini kita duduk di Malaysia tanpa PEPERANGAN kerana AMIR?
hhmmm....apela nak jadi...
ISLAM itu mudah, tapi tolonglah jangan dipermudahkan..
tolonglah bersyukur kamu menetap di MALAYSIA dan lahir sebagai ISLAM..
MALAYSIA itu AMAN, ISLAM itu KETENANGAN..
sekalai lagi...BERSYUKURLAH WAHAI UMAT NABI MUHAMMAD...