May 11, 2012

Quran kecil

assalamualaikum semua..
hmm..hati..teringin sangat nak beli Quran kecik kaler pink..
sekarang tengah ada karnival kat kampus..ada jual Quran kecik cantik2..tak ada ppon lagi Quran kecik..
penting sangat ke roza?
penting laa..sebab senang bawak kalau travel jauh..
hmmm..kecewe sangat rasa tak dapat beli..
dah la mura-mura tengok tadi..
adal pulak sorang sahabat kata ada yang lagi mura dan cantik..
kuat sangat hati ini nekad untuk beli Quran kecik tu tp mungkin belum berkesempatan..
cerita pada mak, sekadar mahu berkongsi keinginan hati..
mak berkata, tunggu sehingga ada duit..
memang diri ini faham keadaan diri dan keluarga..
sekadar mahu berkongsi cerita dengan seorang bonda..

wahai bonda dan ayahanda, janganlah fikir anakmu ini menambah beban yang telah sedia ada..anakmu ini tidak mahu menjadi penambah beban..menjadi anak sulung yang memahami masalah keluarga merupakan salah satu tugas anakanda..

saya sayang mak dan abah saya...<3

May 1, 2012

aku tidak sempurna

setiap orang ada hati..
sekeras mana pun seseorang tu, last2 boleh jadi tisu jugak hati dia..
aku tak menjanjikan untuk mejaga hati semua pihak..
pasti ada yang tidak berpuas hati dengan aku..
tapi aku cuba lakukan yang terbaik untuk memuaskan hati semua pihak..
cuma kadang kala aku penat bila cubaan memuaskan hati orang dibalas dengan nilai yang tidak setimpal dan tidak sepatutnya..
seringkali aku terfikir patutkah aku meneruskan usaha ini?
seringkali air mata hampir menitis tatkala mengenangkan betapa kecilnya diri ini di mata mereka..
bersyukur kerana aku ada Yang Maha Kuasa yang sentiasa ada mendengar setiap keluhanku..
tak mengapa..mungkin aku sudah tidak kisah lagi tentang keberadaanku di hati mereka semua..
yang pasti mereka sentiasa di hatiku..
selalu aku memikirkan mereka di saat mereka kadang kala lupa akanku, mungkin..
cuma maafkan segala khilafku pada hari semalam..
sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu jugak datang daripada Allah yang telah disandarkan ke atasku..
semoga kalian mengekalkan kebahagiaan di saat kita hampir berpisah ini dan terus bahagia apabila kita terpisah jasad..
maaf jika aku langsung tidak cukup baik untuk mejadi sahabat kalian..