Oct 30, 2014

Allah tidak Adil?

Assamualaikum guys...

Sekali lagi entry mengenai cinta Illahi. Saya bukanlah pandai sangat hal agama, masih lagi mencari sinar dan bimbingan. Tapi saya ada baca satu artikel mengenai orang yang tak solat pun harta melimpah. Saya baca dari saru blog, link dari FB tapi saya baca dah beberapa hari lepas so tak sqve dqh link nya. Kalau tuan artikel tu baca ni, saya mohon share ilmu ya :)

Mesti ada diantara kita yang beradq dalam kalangan orang yang berjaya dari segi harta, keluarga mahupun kerjaya padahal mereka tidak menunaikan perintah Allah. Mengapa mereka sering dilipahi kemewahan padahal mereka tidak meminta? Tetapi hamba Allah yang tidak pernah meninggalkan suruhan dan meninggalkan larangan anya pula yang hidup melata.

Jadi, inilah yang dinamakan istidraj. Allah sengaja memberi kemewahan, kebahagiaan yang melimpah kepada orang orang yang melupakanNya untuk menjauhkan lagi orang itu dari rahmatNya. Even Muslim juga menerima istidraj dari Allah. Istidraj ini bukan rezeki yang berkat tetapi seolah olah peringatan dari Allah. Jadi, jangan dengki atau iri hati kepada golongan ini. Kebahagiaan dan kemewahan yang kita mahu dari Allah adalah rezeki yang berat.

Allah sentiasa mendengar doa hambaNya. Allah lah sebaik baik Pengatur. Kalau Dia tidak tunaikan doa kita sekarang, pasti akan ditukarkan kepada yqng lebih baik yang kita sendiri pun tak sedar.

Saya teringat satu ceramah dari seorang ustaz ni kat tv,

"Setinggi tinggi seseorang itu mendaki tanpa keberkatan dari Allah, tinggi itulah mereka akan jatuh dengan kuasa Allah"

Jadi, bagi saya, tak perlulah terpegun, terkesima, terpesona atau apa apa ter lah kepada mereka mereka yang mengecap bahagia tanpa solat atqu menunaikan kewajiban pada Yang Maha Satu.

Bersamalah kita mengejar cinta Illahi.

:)

Oct 28, 2014

73 Pintu, 73 Jalan, Hanya satu jalan

Assalamualaikum guys,

A few days ago ada dengar lagu baru Hazama, Mawi and Daly Filsuf - al Nura. Kalau tengok MeleTop, diorang bertiga ni datang and cerita pasal macam mana lagu ni boleh diciptakan. Tak tengok sangat sebenarnya sebab malam tu masak apa entah dekat dapur tapi one of them said, Mawi rasa, dia mimpi dia lemas and Hazama ngan Daly yang selamatkan dia lepas lagi sorang pun ade mimpi yang sama macam connectedl. Tak hingat lah. Haha.

Tapi yang menarik dengan lagu ni, at the end ada mention,
" 73 pintu, 73 jalan, 72 kesesatan hanya satu kebenaran."

So me and my big bro curious what is the meaning of that. Then teringat lqgu M. Nasir which is sangat terkenal dengan lagu lagu yang gila tersirat. Lagu tanya sama itu hud hud tak silap.
"73 pintu 73 jalan, yang sampai hanya satu jalan".

Rupanya itu adalah hadis Rasulullah. Di akhir zaman nanti, umat manusia akan berpecah kepada 73 puak. Namun, hanya satu puak sahaja yang betul mengikut Al Quran dan Hadis.

Saya ada copy paste dari http://nasbunnuraini.wordpress.com/2011/03/04/ahli-sunnah-wal-jamaah/

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Demi sesungguhnya akan berlaku kepada umatku perkara-perkara yang betul-betul sama seperti apa yang telah berlaku kepada Bani Israil, sehingga jika ada di antara mereka orang yang berzina dengan ibunya dengan berterang-terang, nescaya akan ada dalam kalangan umatku orang yang melakukan perkara yang demikian; dan sesungguhnya kaum Bani Israil telah berpecah belah kepada tujuh puluh dua (72) puak dan umatku pula akan berpecah belah kepada tujuh puluh tiga (73) puak, semuanya (akan dihumbankan) dalam neraka kecuali satu puak sahaja”.
Sahabat-sahabat Baginda bertanya: “Siapa dia puak yang satu itu ya Rasulullah? ”
Baginda menjawab: “Puak itu ialah puak yang tetap di atas jalanku dan jalan sahabat-sahabatku.”

(Tirmizi)Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa umatnya akan menuruti apa yang dilakukan oleh Bani Israil. Antaranya ialah berzina dengan ibu mereka sendiri.

Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang SATU itu.

Amiin.

Karya M Nasir sangat deboom! Cuba korang try search maksud lagu Tanya Sama Itu Hud Hud. Memang unsangkarable. Hoho. Dia berdakwah in his own way.

Ok, sekian entry kali ini.

Assalamualaikum dan mari bersama mengejar cinta Illahi.